Thursday, April 25

Palestin

Ramai tanya bila nak update tentang Palestine?!

Baiklah sebelum tu, saya nak kasi tau tentang saya pergi bukanlah untuk berperang. Itu antara jawapan yang perlu saya beritahu terlebih dahulu.

Dan saya pergi sana bukan menolong dari segi fizikal, tetapi saya menolong dari segi mental. Tak sama menolong fizikal dan mental ni.

Lagi satu, saya bukan pergi Gaza, Palestin. Saya ke Baitul Maqdis, Jurusalem, Bathlehem, Hebron, dan kawasan sekitar Masjidil Aqsa. Maka, tiada peperangan. Yang ada cumanya ketenangan yang terkadang sedikit terganggu dengan Israel.

Cakap je Palestine, confirm ada Israel. Maka, faham-faham la kami disini juga bertarung-tarung mental dengan Israel. Terlampau banyak sangat checkpoint Israel. Tapi alhamdulillah dipermudahkan Allah.

Masuk masjid orang Islam pun, ada checkpoint! Haih. Bukan masjid Aqsa je, segala masjid yang ada dekat Palestin tu, dicheckpointnya. Paling hebat, masjid Nabi Ibrahim. Kalau tak salah saya. Nanti check balik catatanya. Masuk masjid ada macam passport control. Dah macam epot rasanya. Bagi lelaki yang ada segala benda alah besi di badan, disuruh buka. Sampai tak berbunyi benda kotak ajaib tu, maka baru boleh lepas. Bayangkan? Allah~

Betapa Islam ditindas sebegitu ditempat mereka sendiri. Masjid Aqsa toksah cerita. Jalan nak ke masjid aqsa tu, lorong yang kecil. Masjid tutup terus lepas isyak. Dibuka semula waktu nak dekat azan subuh. Dikira, diorang tak bagi la orang Islam tahajud semua. Ada la dalam beberapa minit nak azan subuh, diorang beri tok imam dan bilal masuk. Allah~

ok, nanti update gambar, video, dan cerita. InshaAllah. :')
salam alaik.

7 comments:

Akhi. said...

Uwahhh!
:'D

Akhi. said...

Uwahhh!
:'D

Farah said...

Tak sabar nak baca pengalaman Husna dekat sana.

Nur Jumiatul Hidayah said...

Tengah bersabar dan terus bersabar. Can't wait! :)

najihahusna said...

ok tetibe rindu kak husna

:')

blackrosehunter said...

Susahnya kehidupan disana..alhamdulillah kehidupan di malaysia tak macam ni..tetapi hanya berapa orang yang bersyukur?

Arham Md Ali said...

Saya pun patut pergi Palestin, minggu ni sepatutnya tapi cancel sebab benda2 tertentu.