Kisah tentang Palestine.
Saya sangat tertarik dengan kata-kata seorang Palestine ni dan sekali gus membuatkan saya sangat-sangat muhasabahkan diri saya.
Katanya, kenapa kami ini dijadikan Allah sebagai orang yang lahir di Palestine? Kenapa kami? Kenapa tidak kamu? Orang Malaysia?
Saya lama berfikir. Ha'ah, kenapa ya? Mungkin sebab mereka orang Arab, dan mungkin sebab nabi-nabi kebanyakannya disana, bukan disini.
Lalu tersenyum orang Palestine ni. Dan jawapannya, bukan. Bukan sebab ramainya nabi, tetapi sebab kesabaran kami. Kesabaran yang Allah beri pada kami, yang inshaAllah lebih sedikit dari kalian-kalian semua. Sebabkan kami terus bersabar menunggu kemenangan Islam tu.
S-a-b-a-r,
5 huruf. Satu perkataan. Tapi berapa ramai yang tahu dan mengerti?
Bila difikir balik, betullah. Itulah kunci kejayaan mereka selama ini. Katanya mereka, kalau kami tak sabar, dah lama kami biarkan tanah ni, Israel ambil. Disebabkan sabar kami ini, Allah beri sabar ini sangat tinggi, maka sampai bila-bila pun tanah ini tidak mungkin jadi milik Israel.
Dan, saya terfikir, kalau lah orang Malaysia itu berada di Palestine, rasanya ramai juga yang cabut lari, dan mungkin sekejap sahaja Israel boleh tawan Palestine.
Itulah kelebihan mereka.
Saya tertarik dengan satu kisah. Pernah ada seorang orang Spain datang ke Palestine. Katanya, kenapa kamu taknak bagi je tanah ni dekat Israel? Dah lama dah diorang tawan. Dah lama dah diorang serang, dah lama dah diorang mengacau bilaukan keadaan. Give up. Bagi mereka, habis cerita. Tak perlu ada peperangan dan semua-semua. Lalu si Palestine ini tanya kembali. Kenapa sudah 8 tahun (tak silap saya, lupa =.=) Islam cuba untuk mengambil Spain, kenapa kamu tak beri sahaja pada Islam? Bagi sahaja Islam ambil tanah tu. Biarkan jadi terus negara Islam disitu. Lalu mereka terdiam. It's our land. Not theirs. Si Palestine tersenyum. Lalu menjawab, same goes to us. It's not their land. It's our land. Terdiam si orang Spain ini. Lalu menjawab, congratulation. Dan si Palestine ini angguk tanda hormat :)
Tengok, mereka tidak hanya tough di badan, tapi di minda juga :')
Things to ponder, orang Palestine nak masuk masjid disekat-sekat, bersusah payah nak solat kemasjid, bertolak-tolakan, tapi Malaysia? Masjid kosong? Allah~
3 comments:
sakitnya kena tampar :'(
sangat.....betul!
salam awak, akak nak tahu sangat,,,,, hajat akak, macam mane hari tu awak ke palestin? thnx kalau sudi sharing kat akak. gune agensi ape... :) senang awak pm akak kat fb kalau awak ade fb,: habibah s ramli. syukrannn
Post a Comment