'Wahai anak didikku, jagalah dirimu supaya tidak terlalu condong kepada dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia sahaja kerana kamu diciptakan Allah bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terperdaya dengan dunia.' -Lecturer F-
Saya ada seorang lecturer. Namanya lecturer F. Satu yang saya serlut tentang lecturer F ni, ialah setiap habis kelas beliau, beliau akan memberi 3 wasiat untuk disematkan didalam hati sekaligus membuatkan kami semua akan bermuhasabah kembali. Dan saya tertarik nak berkongsi dengan wasiat yang keberapa ini. Saya lupa. Oh ya, lecturer ni lelaki ya :)
Katanya, berapa ramai diantara kita, yang dalam fikirannya punya akhirat? Dan berapa ramai diantara kita yang sering kali berrfikir fasal akhirat?
Mesti sebelum datang lecturer hall ni, mesti semua fikir, eh slide hang dah siap? Presentation hang macam mana? Alamak, tak print lagi lah assignment! Harini nak pakai baju apa eh? Nak makan ape eh harini? Assignment banyak tak siap lagi ni. Minggu depan nak broga-broga dah. Dan sebagainya~
Ada tak diantara kamu yang terfikir, eh harini aku punya solat sempurna ke tak? Solat aku diterima Allah ke tak eh? Allah~ Harini belum buat baik lagi ni. Alquran harini baca ke tak eh? Dhuha harini buat tak lagi? Allah pandang ke aku harini? Dan sebagainya~
Things to ponder.
Kalau rasa-rasa kita antara yang diatas, masih tidak terlambat lagi untuk fikir tentang akhirat. Sungguh :) Dan masih tidak terlambat lagi untuk berubah inshaAllah :) Ubah jangan tunggu esok, ubah kena buat harini. Kerna Allah tak pernah menjanjikan kehidupan untuk hari esok :)
Nak jadi hamba Allah tu tak susah pun, tapi kita je yang buat dia payah. Oh ye, macik hidayah tu bila kita dah dapat, tolong jaga. Once macik hidayah terlepas, saya takut. Saya takut, menyesal dikemudian hari. Makcik hidayah tak datang bergolek tapi kena cari. Kita kalau rajin nak cari, takpe jugak ehe.
ilalliqa'
may Allah bless :)
No comments:
Post a Comment