Kenapa ye Allah suruh kita tutup aurat?
Kerana perempuan tu sendiri Allah cipta dia sangat lawa. Ada seorang ustaz ni cakap,
"Allah suruh perempuan ni tutup lebih bahagiannya dari lelaki kerana perempuan tu sendiri cantik, dan kerana perempuan tu sendiri Allah cipta dia 'seksi'. Tengkuk dia lawa, perut dia lawa, muka dia lawa, rambut dia lawa, betis dia lawa, peha dia lawa. Semua lawa. Sebab itu dia kena tutup semua tu, kecuali muka dan tapak tangan."
Saya khusyuk dengar. Betullah apa yang ustaz tu cakap. No doubt.
Saya kasi satu analogi,
lelaki yang pakai skirt terbelah dengan perempuan yang pakai skirt terbelah. Mana orang nak pandang?
Perempuan yang pakai seluar pendek, dengan lelaki yang pakai seluar pendek, mana lebih mengancam?
Ya, saya tahu jawapannya :)
Terkadang perempuan sama perempuan pun akan cakap, "lawanyaaaaaa dia ni.."
Takde lagi yang saya dengar, lelaki cakap dekat geng dia, "hensemnyaaa kau.." dengan nada yang betul betul memuji. =.=
Takde lagi ya.
Aurat kita itu mahkota. Mahkota yang mahal harganya. Jadi, kita sebagai pemegang mahkota yang Allah beri ni, kita kena jaga dia sebaik baik mungkin. Walau macam mana aral datang pun, kita kena jaga. Ya?
Saya ingat lagi kata ummi saya, katanya
"Umi ajar kakngah pakai tudung dari 2 tahun. Sampai kakngah tidur rumah nenek dalam bilik pun pakai tudung. Umi buat kakngah tak selesa nak buka tudung depan orang yang tak kenal, maka umi nak biar ini berkekalan. Sayang, mahkota ini sangat mahal. Jadi sayang kena tutup semua semua ni. *ditunjuk bahagian-bahagian yang harus saya tutup* untuk suami kakngah kelak. Takkan kakngah nak kasi dia mahkota yang orang dah tengok-tengok, sentuh-sentuh kan?"
Tersemat dihati.
Saya juga mahu yang begitu dekat kamu. InshaAllah. Allah tak cari kesempurnaan seseorang itu dalam menjalani apa yang disuruhNya, tetapi Allah lihat hamba-hamba yang usahakan apa yang disuruh olehNya. Kita cuba kearah kesempurnaan dalam menjalani suruhanNya walau kita tau kita tak akan capai ke arah itu, kan? Kerna manusia itu mana ada yang sempurna, kan? :)
Terkadang,
saya selalu salahkan diri,
kenapa sahabat kita sendiri, yang saya mengaku sahabat, dia sendiri tak tutup aurat. Adakah saya ini masih tak kuat untuk mengajaknya bersama? Kalau cakap fasal tudung, alhamdulillah dia memang tutup dikepala. Maksudnya aurat yang 'remeh-temeh' ni. Yang orang pandang sebelah mata ni. Sedih bila tengok balik. Ada yang tu, depan kita memang cantik tutup. Tapi bila belakang kita, dia tak tutup yang sepatutnya ditutup. *ketuk kepala dekat dinding* hembus nafas panjang-panjang. Dia sahabat dengan kita kerana apa ya? *terfikir lama*
Apa-apa pun,
kita jangan lupa aurat kita dengan pakcik-pakcik saudara kita. Dengan sepupu-sepupu kita. Kita dok sibuk menjaga orang yang dekat luar, tapi lupa orang yang didalam. Jangan macam tu. Kita kena kenal juga dengan siapa yang kita boleh tunjuk rambut, dengan siapa kita tak boleh. Dengan siapa kita boleh salam, dengan siapa tak boleh.
Memang la nampak payah, kan? Nak syurga mana ada benda yang senang :')
Sebab itu ummi saya kata,
"Nanti bila awak dah ada anak-anak buah, ambil diorang. Susukan diorang sampai mereka kenyang. Biar nanti, anak-anak kakngah dengan sepupu-sepupunya tiada aurat diantara mereka. Kerana anak-anak buah awak tu, semua jadi anak susu awak."
Tersenyum. Baik ummi :) Kita kena fikir aurat anak-anak kita juga. Bagaimana nak didik supaya aurat mereka terjaga.
Umi dulu didik saya pakai tudung, waktu 2 tahun. Pakai stokin, tingkatan 2 (kalau pakai kasut tutup semua, tak pakai stokin T__T) start tutup semua tingkata 4, sebab kata ayah, kalau nak keluar, tapi tak pakai stokin, handsocks, jangan keluar. duduk rumah. Kalau keluar, tengok la ayah buat apa. Ayah tegas. Tapi, itulah yang buat saya jadi hamba Allah sekarang ni. Alhamdulillah :')
Sebenarnya aurat ni bukan pilihan, tapi kewajipan :)
Dan orang selalu lupa pandang tentang yang ni, stokin. Baju harus dilabuhkan hingga bawah punggung. Jangan atas atau tengah punggung. Nak tunjuk punggung kita dekat siapa? Tunjuk dekat suami je.-Ustazah M. Dada, harus ditutup. Labuhkan tudung dibahagian dada. Handsocks tu, kalau rasa lengan tu tak tak nampak dengan mahram, tak payah la pakai. Tapi kalau rasa lengan kita ni memang orang akan nampak dengan angkat tangan semua, pakai lah :)
Dekat akhirat kelak, Allah tanya ibu ayah kita tentang aurat kita. Allah tanya kita juga tentang aurat kita. Allah tanya suami kita, tentang aurat kita. You have a choice. To live well or to live hell :)
May Allah bless.
*Dan saya confirm orang yang baca blog ni, semuanya tutup dengan baiknya, alhamdulillah. InshaAllah, peringatan untuk diri sendiri juga.
16 comments:
may allah bless us .
:)
ameen...insyallah
alhamdulillah..syukran atas peringatan. moga kita menutup aurat untuk mendapatkan keredhaanNya.insyaallah
Jujur saya kata, saya masih belum sempurna dalam hal yang berkaitan dengan aurat with cousin. Kalau sepupu lelaki yang bawah 10 tahun, aurat saya memang sukar untuk dijaga sebab dah terbiasa. Saya ada adik berumur bawah 10 tahun. But, alhamdullilah, with cousin yang berumur atas 10 tahun, saya jaga dengan rapi.
:) in sya Allah..moga dkuatkan iman..
senag kalau pakai betol tutp semua,,bila pakai stoking sekali.klaw pegi jalan2 nk solat telekung xda guna ja pakaian tu,,in sya Allah,bersih.. :0
xpyah nk resah gelisah cri telekung.. :)
keep aurat , keep sunnah , :D
sakura,
takpe. slow slow. inshaAllah :) keep it up ye! inshaAllah ^_^
dan semoga Allah rahmati kita semuaa, amin :)
husna, nak tanya.
area bawah dagu aurat tak?
anon,
benda ni khilaf. ada yang kata bawah dagu tu aurat, ada pula yang kata tidak.
takrifan kita dengan wajah, ada yang kata, wajah dari hujung dahi sampai hujung di bawah dagu.
ada pula yang kata, hujung dahi sampai ke dagu.
UAI ada kata, bawah dagu tu aurat :)
So husna ikut yg mana? Aurat atau tidak?
saya? :)
boleh tengok kot husna pakai tudung nanti. hee.
Bila nak tengok husna pakai tudungnya? T___T
-masih berkisar tentang bawah dagu aurat atau tidak.
nice one
pencerahan yg baik
smoga makin ramai yg sedar
Anon,
haha. anytime. ianya aurat. tapi masih ramai yang tak jaga, termasuk saya. kadang jaga, kadang tidak.
ngeh~
semoga Allah sedarkan diri yang ini.
:)
husna, aurat kita dengan cousin lelaki start mereka umur berapa ? 10 tahun ke bawah pun tetap kena jaga ke ? Minta pencerahan
anon,
assif jiddan lambat reply. assif ya!
dari balighnya budak tu, inshaAllah :)
Post a Comment