Wednesday, November 13

Cinta


Kita sering alpa dengan cinta.
Dan kita lupa bahawasanya Allah turunkan 1 je cinta Dia dekat dunia ni dan 99 lagi untuk ahli syurgaNya. Dan satu cinta itulah kita kongsi untuk seluruh alam. Untuk seluruhnyaaaa. Seluruhnya yang ada di bumi ini. Allah~

Bayangkan yang hanya satu cinta ini je,
wujudnya Fatimah as dan Ali ra,
Laila dan Majnun,
Romeo dan Juliet.

Apetah lagi kalau Allah kasi 100 cintanya turun dibumi. 
Subhanallah!

Orang syurga sangat kaya!
Ya, mereka kaya dengan cinta, kasih sayang yang diberikan oleh Allah kepada hambaNya.
Benda yang paling indah di dalam syurga ialah, diberi nikmat kasih sayang yang tidak terhingga.

Bayangkan, 
setiap hambaNya yang memasuki syurga, mendapat 100 cinta seorang yang diberikan oleh Allah.
Boleh bayangkan tak betapa sweetnya hamba-hamba Allah yang akan berada di dalam Syurga kelak?
Allahu..

Maka,
tidak kah kamu sebagai hambaNya ingin mendapatkan nikmat kasih sayang itu selepasnya nanti?

Jadi sahabat sahabat sekalian, yuk, berusaha!
Cinta dunia, cinta sementara.
Cinta akhirat itu, kekal selamanya.

Untuk meraih cinta dan syurgaNya,
haruslah menjadi hamba yang taat padaNya.

Dan, ingat. Mereka yang dilemparkan di dalam api neraka, Allah tidak akan hantar satu cinta pun di dalamnya walau sebesar zahrah. Bayangkan, satu cinta pun tak dapat? Allah~

Entah apa jadi dekat dunia ini kalau satu cinta Allah itu pun kita tidak dapat. Allah~ Allah~

Jangan main dengan cinta,
ada baiknya, ada buruknya :)

Cinta itu,
jika disandarkan pada Allah,
ia akan menjadi indah!
Tak percaya? Cubalah!

:)

Selamat mencari cinta Tuhan, wahai teman! :')

1 comment:

Ketuk ketuk jari said...

cinta kerana Allah adalah nikmat yang termanis.tetapi orang2 selalu silap mentafsirkan erti cinta 2..sandarkanlah cinta kita kepada yg halal..dan cintailah dia kerana DIA..
dan paling penting,,utamakanlah cinta kita kepadaNYA dan RASUL junjunganNYA dahulu.. :)