Sunday, July 6

Jodoh

Soalnya, jodoh itu terletak ditangan Tuhan. Secantik mana pun perancangan kita, sehebat mana pun perancangan kita, tetap, Dialah yang mengaturkan segalaNya buat kita.

Kita meminta. Dia menentukan. Kita usaha, Dia tunjukkan.

..
Dan soal jodoh, saya percaya tentang satu perkara. Allah tidak pernah silap dalam caturan untuk menemukan hawa dan adamnya. Tidak pernah sesekali Allah silap dalam membahagikan. Sama ada ia datang sebagai rahmat buat kita, atau dia datang sebagai pedoman buat kita, kedua-keduanya  mempunyai hikmah disebaliknya.

Hanya memerlukan kecelikan sahaja buat hamba-hambaNya.

Dan, Allah sangat adil dalam perhitungannya. Dalam percaturannya. Kita rasa kita dah cukup baik, dan cukup alim untuk seseorang tu. Tetapi sebenarnya ia hanya antara kita. Bukan antara Dia. Hanyalah kita sahaja yang-rasa-kita-soleh. Maka kita fikir kita layak dengan solehahnya pasangan kita. Kita rasa kita ini solehah, baik. Tetapi sebenarnya dimata Dia, kita tidak tahu bagaimana. Dan kita cuba mempersoalkan soalan-soalan yang tidak perlu disoal oleh sesiapa. Kerna pemahaman Dia, lebih luas dari pemahaman sesiapa pun! 

Kita cuba menyalahkan manusia-manusia yang ada, kekasaran, segalanya. Hanya kerana Allah uji. Ujian itu, satu tarbiyyah. Kesedihan, kegembiraan, kemarahan itu sebahagian dari kita. Bayangkan, half of the quran yang ditulis oleh Allah, menunjukkan emosi-emosi yang sedih. Para nabi, para sahabiah. Ya, ia sebahagian dari semua manusia. Dan, ambillah ia sebagai tarbiyyah langsung dari Tuhan kepada hamba-hambaNya yang disayangi.

Dan, hiduplah kita dengan berterima kasih kepada Allah. 


..
Sebesar mana pun kita berterima kasih kepada Dia, seinci pun ia tidak dapat membalas apa yang diberi Tuhan untuk kita. Dan pernahkah kita rasa yang Allah itu berhenti dari memberi?? Let's ask ourselves.

Dan jodoh itu, sentiasa milik Tuhan. Mintalah.

Salam puasa.
Salam kasih sayang.

1 comment:

Faaeinz said...

Semoga Allah temukan kita dengan jodoh yang baik. Teringat kata-kata Prof Muhaya, kalau tak mohon jodoh itu macam mana nak dapat. Refleksi untuk diri ini. Huhu..