Kadang, saya beli buku bukan kerna ingin baca (sangat), tiada keperluan kadangnya. Tapi fikir untuk menolong si penulis. Maka, saya membeli dan tetapkan dalam diri, sebulan beli sebuah buku walaupun tak tau bila nak baca buku tersebut. Takpelah. Mula tanam dalam diri untuk menjadi manusia yang terus membaca.
Satu pembaziran?
InshaAllah, ilmu tak akan pernah jadi satu pembaziran. Kadang, kita tak rasa lagi sesebuah buku itu satu keperluan ketika sedang membeli. Kelak, dikemudian hari, inshaAllah ia akan berguna untuk kita cedok ilmunya.
Pernah rasa buntu mahu membeli hadiah apa untuk rakan? Haruslah pernah. (Sedangkan hari jadi ayah pun saya buntu mahu beli apa.) Ya, buku adalah antara hadiah yang paling osem kata Ummi. Masih terngiang-ngiang di dalam kepala ummi dan ayah jawab soalan anak-anaknya berkenaan hadiah hari jadi,
"kenapa setiap tahun dapat buku je umi?" tanya kami.
Lalu umi tersenyum dengan senyuman yang paling manis dan menjawab,
"Umi tak dapat nak bagi, ajar ilmu berkenaan hal-hal tersebut. Umi tak mahir. Umi juga tak mampu nak panggil ustaz datang ke rumah untuk mengajar anak-anak Umi berkenaan hal tersebut personally. Jadi, moga dengan buku yang diberi, anak-anak umi dapat belajar sedikit sebanyak tentang ilmu tersebut dan boleh apply dalam kehidupan dan ajar orang luar sana"
Speechless juga dengar jawapan umi. Jadi sejak itu, kami tidak pernah menyoal atau merengek sakan kenapa asyik buku sahaja hadiah hari jadinya. Kami faham dan mengerti.
Yaaaaaa. Buku adalah antara medium untuk kita mencedok ilmu. Dalam kita tak dapat mencari pak-pak ostad dalam masa yang terdesak, kita boleh mencari buku untuk kita belajar daripadanya. Dan lepas tu, kalau nak lebih mendalam tentang ilmu tu, kena berguru dengan orang yang sebetulnya la. Tak boleh depends 100% kepada buku. Takut fahaman kita tu salah pula. Kena kuat bertanya, kerna dengan bertanya, inshaAllah kita tak sesat jalan.
Tapi, buku my husband is mr oktopes ada manfaat tak? Ada! Bagaimana mahu menjadi sotong
Ehehhehe.
InshaAllah, setiap buku ada kelebihan dia tersendiri. Tapi, buku yang baik ialah buku yang mendekatkan kita dengan Tuhan :') Bila baca je ingat Allah. Bukan ingat nak kawen. Eh?
Ok. Salam.
No comments:
Post a Comment