Tuesday, June 12

Tudung Labuh.

Apa osemmmmnya tudung labuh ni? :)

1. Secara tak langsung, kita dapat menutup apa yang patut di tutup. Wala Yathribna! kata Allah. Di bahagian dada malah di bahagian punggung. Saya tak pernah tengok lagi, orang pakai tudung labuh, memakai baju t-shirt lengan pendek. Atau orang yang pakai tudung labuh berpeleseran naik motor dengan lelaki, vroom sana sini.

2. Kita juga secara tak langsung, akan menjaga akhlak dengan baik, walaupun sebenarnya kita ni jenis yang biasa-biasa je. Bukan hipokrit namanya ini, tetapi kita akan rasa lain bila kita menyarungkan, baju baju yang dibernarkan/disuruh Allah. Nak cakap benda merepek-repek pun malu. Nak buat lebih-lebih pun malu. Subhanallah!

3. Secara tak langsung juga, kita akan pelihara diri kita sendiri. Orang lelaki, confirm tak berani kacau, lagi lagi mat rempit nak main sweetsweet tu. Atau nak menyapa, "hai, number telepon ada?" -_-' Memang inshaAllah takde. Lagi satu, kalau naik public transport, contohnya LRT, bila orang nampak mereka yang pakai tudung labuh ni, inshaAllah mereka akan bertindak lain sikit. "Awak duduk la saya ok je berdiri." Orang lain juga seperti macam mahu protect kita, mengelakkan kita dari bersempit-sempit dengan lelaki :')

4. Sifat al-haya' (pemalu) inshaAllah lebih tebal dari yang kita sangka. Nak lalu sebelah lelaki pun fikir 20-30 kali. Sanggup ikut jalan jauh, asalkan tak bertembung dengan lelaki. Dan secara tak langsung kita juga akan menjaga pandangan inshaAllah, seperti yang Allah suruh :')

5. Dan paling penting dalam semua atas-atas ini ialah, Allah ingin menjaga kita dari terjerumus dalam dosa, inshaAllah. Allah juga menjaga kita dari pandangan mata-mata lelaki yang berhati kotor dan paling penting, Allah mendidik kita untuk menjadi solehah. InshaAllah :')

Dan mungkin kalian terlupa, sebenarnya yang tertutup itu indah -Surah al-Ahzab 59 :')

Secara tak langsung juga, ia mendekatkan kita untuk mendapat lelaki yang soleh sebagai peneman hidup hingga ke syurga Illah! InshaAllah :')

Kita selalu dengar, orang kata tudung labuh ni, selekeh! Serabai! Besar! Panas! Tebal! dan sebagainya.

Dan ya, memang la semua tu benar, 
tapi mana ada benda yang nak masuk syurga tu senang sayang, :')

Dan bagi saya,
ia takdelah serabai, besar, panas, tebal pun. It just nice to wear :')

Teringat lagi, 
saya selalu menyelamatkan adik adik lelaki saya termasuk Uzair dari hujan lebat.

"Angah! Kiteorang masuk dalam tudung angah je boleh tak untuk seberang?"
"ya, masuk masuk! Nanti demam!"

Jadi, tudung inilah jadi penyelamat adik adik saya ketika hujan lebat. Subhanallah. Demam pun tak, rambut pun tak basah, alhamdulillah :')

Ada banyak kelebihan yang Allah nak tunjuk sebenarnya. Banyak! Tapi cuma kita, sama ada nak tutup mata, hati. Atau kita nak cuba mencari.. :)

InshaAllah, semoga Allah redha! 

Ilalliqa' :)



9 comments:

Anonymous said...

kalau ada juga yang kacau, selalunya dia cakap mcm ni 'assalamualaikum ustazah' huhu

-sisaflah-

Anonymous said...

Saya baru 14 tahun. And biasalah, masa first time saya masuk sekolah agama tu, I was like "kenapa kena pakai tudung labuh pulak?! kan sekolah semua perempuan" entah. bila saya mula pakai, memang saya rimas dan benci. sgt2. tp, entahlah. setiap kali saya pakai, saya cuma ingat "kau tu pakai tudung labuh, jaga sikit adab" saya rasa tak adil. kadang2 saya rasa bersalah sebab saya selalu cakap : saya pakai tudung labuh, kena jadi baik.

entahlah.
tp kak, you inspires me so much :') sekarang, keluar rumah pun ayah saya paksa pakai tudung labuh. dan, saya dapat rasa, yang bila pakai tudung labuh, ada effect kepada kelakuan saya jugak ;)


thanks, i love you and again, you inspires me so much :')

much loves, me :xx

DyQy Chan said...

Yup. Betul tu kak. Pakai jilbab ni rasa macam nyaman jee. Org nk ganggu pun, pikir 1000 kali... =)

Salsabila said...

semoga Allah redha dengan kita semua inshaAllah :')

a wanderer. said...

ia takdelah serabai, besar, panas, tebal pun. It just nice to wear :')

hehe.sungguh lah benarnya..

festaim jenjalan di blog ini.=)

Syamimi Hazirah said...

Setuju, rasa sangat selamat bila kita menutup aurat dengan betul :)

Anonymous said...

bila pkai tdung labuh nie..
p'gaulan pun jd t'batas secara automatik..
lelaki nak dekat pon mcm tkut2 jek
tp x pe...tu tnde nyer diorg respect.
kire rse lg selamat la kalo cmtuh :)
xde la lelaki2 nie nak b'tepuk tampar mcm mne diorg buat kat bdak2 laen mcm kat dlm kelas tuh..
kalo bab mnutup aurat pun da jge..
insyaallah...p'kare laen pun akn jd lbih t'atur :)

Unknown said...

saya setuju dengan awak punya statement~~
bagi saya, bila pakai tudung labuh ni rasa selamat dan selesa~~
mohon share ye ukhti~~

Anonymous said...

Haha..adik2 sy pun pernah tumpg teduh bwh tdg sy...sgt osem!