Wednesday, August 1

Macam mana ni Kak Huzennn?!

Ehem.

"Macam mana ni kak Huzen kalau perempuan nak habiskan 30 juzu' dalam Ramadhan ni? Perempuan kan dia ada masa cuti-cuti dia. Kalau kena 7 hari, dah tinggal 7 juzu'. Acanee niii? Kalau kena lebih dari 7 hari? Allah~"

Saya senyum.

"Laa, apa masalahnya? Baca je la? :D"

"Kak Huzeeeen! Orang cakap bebetul nihhh!"

"Yee, yee. Akak tauu. (Saja kacau budak kecik ni :p) Camni, perempuan memang Allah kasi rehat. Tapi takkan lah rehat yang Allah kasi tu, awak betul betul nak rehat sayang? Tak boleh camtu dik. Guna la inisiatif lain. Boleh dengar mp3 juzu' juzu' tu. Boleh baca tafseer. Boleh suruh kawan bacakan dan banyak lagi cara yang ada :) "

Saya teringat lagi, waktu bulan 5. Allah kasi cuti. Walaupun dapat cuti, penat orang yang bercuti ni, lebih ganda-ganda dari penat orang yang tak cuti. Kan? Malam tu, rehat atas katil. Kawan di katil sebelah hanya memandang. "Penat ye Huzen?" Lalu dia memberi senyuman. Saya memandangnya, lalu melemparkan senyuman kembali.

Dikesempatan itu, saya meminta tolongnya, "eh awak, boleh tolong bacakan alquran untuk Husna tak?" Kawan disebelah senyum. Lalu dibacakan alquran tu sehingga saya tertidur. Betapa penatnya diri waktu tu? =.= Tingkap bilik saja dibuka luas-luas malam itu. Dapat dengar la juga ceramah dari masjid. Saya nak ke masjid, tak boleh. Itulah antara salah satu cara untuk dengar ceramah. Alhamdulillah, bilik menghadap masjid  :') Kalau azan subuh, memang bergegar bilik tu, kuat dia, ya Allah.. seronok! Alhamdulillah alhamdulillah :')

Esok paginya, ucapkan terima kasih dekat dia. Surah Ar-Rahman dengan Al-Mulk dibacakan malam tadi, kalau tak silap saya. Katanya, "tulah Huzeen, penat sangat saya tengok awak ni, jadi saya bacakan Al-Mulk untuk awak sebelum awak nak tido-tido ayam tu"

Allahu~ :)

Jadi dekat sini, tak semestinya awak dapat cuti, awak tak boleh khatam kan? InshaAllah :) Cuti itu kan anugerah Allah untuk awak, wahai akhawat? Jadi tak perlu khuatir. Allah pun faham kalau awak tak sempat nak khatam. Kan? :')

Janji kita ada effort nak habiskan apa yang sudah kita mulakan. Maka, selamat wahai akhawat-akhawat sekalian. Jangan pernah rasa tidak best dengan kehadiran 'dia' di dalam diri kita. Ya? Hadiah dari Allah tu. Lelaki mana ada, ^_^

 Maka, bergembiralah!

Hwaitingg! :)



p/s : Huzen? Ngeh~ Lecturer english saya dulu tak reti sebut Husna. Katanya begini, 

"Oh, your name Huzen right? Maksud dia sedih kan?"

Saya speechless. Sejak bila nama saya Huzen ni? =.= "Husna Mr. Husnaaa"

"Oh, Huzen, nice name btw!" 

Husna la sir, maknanya baik. Husnaa. Husna. Hasanah. Baik -.- sejak tu, orang panggil saya Huzen. Sedih. Kang, jadi sedih je kang, baru hang pa semua tau. Husna. Husna. ye ye?

Harapnya menjadi orang yang baik seperti nama yang diberi oleh umi dan ayah. InshaAllah :') doakan.


p/sss : dan macam mana orang define suka dekat seseorang tah? Fuh. Soalan ni paling saya tak boleh jawab bila orang tanya saya -.-

Mungkin define suka dalam diri saya, bilamana orang tu mengingatkan saya kepada Allah lebih dari dunia dan dirinya. Bilamana orang tu lebih mencintai Allah dan kekasihNya lebih dari segala-galanya. Mungkin bilamana bila kita tengok mukanya, takut akan membuat maksiat. Bukan kerana dia Tuhan, tetapi kita malu bila benda tu, dia nampak kita buat. Walau benda tu tak maksiat pun, tapi kita malu bila dia tahu kita buat benda tu. Err, faham ke? Err, takpe. abaikan. ehe.

Entah apa yang nak definekan dengan suka tah? -.- Saya masih tak reply mesej yang ditanya seorang junior kepada saya. Takut salah jawab. Takut kalau kalau bila kita kata macam ni, kita sebenarnya sedang 'menghalalkan' dia ber'cintaan' dengan orang lain jantina dengan ikatan yang tidak sahnya. Allah~

Lalu bagaimana? 

5 comments:

Anonymous said...

huzen? =.=

setuju dengan definisi suka.

qatrunnada said...
This comment has been removed by the author.
qatrunnada said...

boleh ja klaw nk khatam 30 juzuk dlm 30 hari walupun cuti 2..
amalkanlah sekurang-kurangnya 5/6 page sblum n slepas solat.. in sya Allah smpat khatam..tpi bla dh khatam 2 jgn xbca dah..dah khatam 2boleh sambung bca tfsir plak..bgi faham :)

Faaein Talip Roy said...

huzen? ,maksud dia sedih yer.. ooo.. baru tau..

hehehe.. baik husna.. nama yang baik.. moga pengkahiran juga baik.. inshAllah..

~moga2 dapat khatamlah untuk ramadan tahun ni.. inshaAllah.. =]

amie said...
This comment has been removed by the author.