Saturday, August 4

Anak dan Tarbiyyah.

"Kita tak mampu nak mengawal orang disekeliling kita. Tapi kita mampu mengawal dengan siapa kita bergaul, supaya anak juga bergaul dengan orang yang terjaga akhlak dan pakaiannya, kita mampu kawal rancangan tv anak-anak kita, dan kita mampu kawal tempat kemana anak kita hendak pergi"

Fuh~ Terbaik sister ni!

Anak yang baru setengah tahun tu, sudah menghafal juzuk amar. 

"Bukan itu sahaja, kita juga kena menjaga pandangan anak kita, dari kecil lagi. Tv tu kita kena kawal, benda benda yang seksi-seksi tu, kita jangan kasi tengok. Takut hafalan anak kita yang kecil ni hilang macam tu je"

Allah. Baru setengah tahun, dah diajar menjaga mata. Apetah lagi kita?

Dan untuk kisah kisah ini, kisah dari kawan akak Insyirah ni, saya buat reflek diri saya kembali. Reflek untuk diri saya yang sudah besar gabak ni, bagaimana pandangannya, bagaimana hafalannya, bagaimana pertuturannya, dan macam macam. Lalu terfikir, "jenis" anak yang macam mana yang saya mahu kelak?

Jika saya mahu anak yang soleh dan solehah, yang tahu menjaga matanya, yang baik, yang menghafal alquran inshaAllah, kita lah pemulanya. Kita lah pendidiknya. Bagaimana kita nak expect yang tinggi dekat anak-anak kita kalau kita sendiri tak buat? Dan kita terus nak benda tu berjaya bila kita buat dekat anak kita? Ya, ia boleh jadi, tapi mengambil masa. Anak itu darah daging kita. Maka, perlulah kita mendarah daging kan benda  benda yang baik untuk diberi kepada anak-anak kita. Kalau tidak, bagaimana? Kan?

Oh, ya. Kini saya berbicara tentang anak pula. Belum lagi ada anak, apetah lagi kawin dah sibuk nak cerita fasal anak. Tapi itulah yang saya katakan, persediaan.

Sebenarnya untuk semua semua ni, kita sebenarnya sedang membuat persediaan untuk diakhirat juga. Menghafal, membaca alquran, menjaga pandangan, menjaga tutur kata, menjaga aurat, menjaga solat. Nampak tak? Kita mahu lelaki yang macam tu, maka kita pun berusaha kearah itu, tapi secara tak langsung, sebenarnya kita juga sedang menambahkan buku amalam kita. 

Kan? Sebab itulah ianya seiring. Untuk menjadi ibu, tidak hanya kita tahu tentang "bayi" itu sahaja, tapi kita sendiri kena menelaah banyak kisah kisah nabi, kisah kisah sahabat nabi, kisah kisah para pejuang islam, untuk disisipkan matlamatnya dekat diri anak-anak kita. 

Oh, saya teringat ada sahabat ayah ni. Gilakan al-Fateh. Anaknya yang ini, diberi nama al-Fateh. Selalu diceritakan tentang al-Fateh. Diajari anak ini macam-macam ketika usianya kecil. Dan hasilnya, subhanallah! Menjadi seorang remaja 15 tahun yang hebat di kalangan rakan-rakannya malah terkenal dikalangan guru-guru, kerana sifatnya yang baik, dan soleh inshaAllah..

Haaa, nampak kan? Kanak-kanak ini ibarat kain putih, ibu bapa la yang mencorakkanya sama ada menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi (HR Bukhari)

Sebenarnya, nak didik anak-anak ni. Didik dari dalam kandungan lagi.. :')

Maka, untuk mendapat anak yang soleh dan solehah, atau untuk mendidik anak menjadi soleh dan solehah, didiklah dari anak itu kecil lagi. Tapi sebelum mahu mendidik anak menjadi seperti yang diinginkan, sarannya  ibu bapalah yang terlebih dahulu menjadi. Kerana biah solehah itu memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik mujahid-mujahidah Islam.

(Susah anak-anak itu hendak menjadi seperti yang diinginkan Allah kalau ibubapa sendiri free hair, aurat terdedah, tapi nak anak supaya soleh. Payah sikit. Sebab itu lah dalam hadis panjang, tentang lelaki yang bunuh 100 orang dan hendak berubah, kata, ahli abid itu, jika kamu ingin berubah, berhijrahlah ke kampung sebelah. Jangan duduk di kampung ini. Dekat sini kita boleh nampak, biah solehah itu antara aset yang agak tinggi dalam penghijrahan) :)

Macam dah jadi serious talk pula. Take it easy. InshaAllah. Hanya sedikit perkongsian ilmu dari saya. Walk the talk ye Husna? InshaAllah :)

May Allah bless!

10 comments:

Anonymous said...

husnaa!!!! saya sayang awak lebih!!!

<3

Faaein Talip Roy said...

suka baca entri. suka sangat.

wahh.. husna.. macam bagi hint aje. ada apa-apa ke? kut2 ada majlis yang terdekat ni ke.. hehehe..

perlu menjadi terlebih dahulu kan.. dalam usaha untuk berubah juga. tapi kadang-kala tersungkur jua.. =(

Syed Ahmad Fathi said...

Yup betul nak mendidik anak sebenarnya bermula sebelum memilih pasangan lagi. Bermula dgn mendidik diri.

Salsabila said...

Anon,

sayang awak jugak macik!


Kak Faaein,

hint? takde ape ape la kak. tak semestinya kena tunggu ada ape ape event baru nak tulis kan? ehe.

hanya untuk santapan diri, dalam meniti usia usia remaja ni :)

manusia itu lumrahnya diuji kan akak? maka, kerana itu kita amat memerlukan satu sama lain :')


Syed Ahmad Fathi,

:)

Anonymous said...

Juz amar tu juz apa pulak?

Unknown said...

assalamualaikum...

suka ayat ni :

"Anak itu darah daging kita. Maka, perlulah kita mendarah daging kan benda benda yang baik untuk diberi kepada anak-anak kita. Kalau tidak, bagaimana? Kan?"

Setuju dgn msj yg nak disampaikan dlm post ni. Kita kena usaha p'baiki diri dari sekarang supaya dapat jadi contoh yg t'baik utk anak2... sebab budak2 tu lahir2 je kan dia tengok mak ayah dia dulu... kalau kita tak jadi contoh kat diorg,jadilah ultraman tu contoh ikutan,hahaha...

Salsabila said...

Anon,

Juzu' yang ke 30.


Hanih Borhan,

Waalaikumussalam wrb.

Setuju :)

Anonymous said...

Assalamualaikum husna,

Haa,awak sendiri mention dalam ni yg anak2 ibarat kain putih yg dicorakkan.yg aritu sy mcm down,awk ada bgtau yg kita yg kena gerak sendiri..tp laain pula kali ini.errkk.

rasa kerdil lak diri ni..ehh.apa2 pon.terima kasih tulis entri ni husna.

Ketuk ketuk jari said...

yup,,kitalah pemula segala-galanya.. :)

Salsabila said...

Anon,

Waalaikumussalam wrb.

Jangan pernah kita salahkan ibu bapa kita. bukan sengaja mereka tidak mahu memberi pendidikan yg mendalam tentang agama, :)

dan kita yang dah tau ni, yang tau betapa pentingnya agama tu dekat diri kita, maka kita la harus mencari. jangan tunggu ibu ayah kita beri. tak perlu kita blame kan orang tua kita tentang apa yang mereka sudah beri dekat kita.

yang penting, kita bersyukur lahir di dalam Islam. Masih diajar solat, mengaji dan macam-macam. cuma mungkin kurangnya dari segi tarbiyyah.

tidak mengapa. kita cari. kita yang inshaAllah akan jadi ibubapa ni, buat perubahan. kalau kita tak dapat waktu kecil dulu, takpe. jangan pula kita dendam kasi benda yang sama dekat anak kita, kita buat perubahan.

bermula dari kita yang inshaAllah bakal menjadi ibubapa.

ikhlaslah dalam mencari :)


Qatrunnada,

aiwah :)