Tuesday, August 14

Palestina Tercinta.

Awas, ini cerita panjang.

Sebenarnya saya terpukul untuk sebarkan benda ni. Dah sehari saya tangguh. Jiwa meronta. Tak boleh tangguh-tangguh lagi. Nak share juga. InshaAllah, semoga dapat manfaatnya.

**
Semua orang sedia maklum tentang isu Palestin. Siapa yang tak tau tu, takpe. Boleh tau sikit-sikit dekat post ni inshaAllah :)

Mengenali musuh Utama Ummat Islam

1) Dajjal.

Sekarang ni, ada sesetengah ulamak, menyifatkan zionis itu sebagai dajjal, yang sebenarnya kita sendiri tak sedar. Sebab kita sendiri tak tau sama ada dajjal tu datang dari bentuk simbol, atau dari bentuk fizikal tu sendiri ; dengan besarnya, dengan macam haiwannya dan lain lain.

Kenapa ada sesetengah ulamak yang mengatakan bahawasanya zionis ini dajjal? Kerana, agama yang dibawa oleh zionis langsung tidak mempunyai kebaikan. Islam dengan kebaikannya tersendiri, tak boleh berzina, tak boleh minum arak, tak boleh membunuh, dan banyak lagi sama juga dengan agama Kristian, Buddha, Hindu dan lain-lain. Mereka ada nilai-nilai kebaikan dalam agama mereka sendiri, tapi tidak kepada agama zionis. Mereka menggalakkan, pembunuhan manusia, tak kira budak kecil, bayi, orang tua, hatta binatang sekali pun mereka sanggup bunuh! Kerana apa macam tu? Kerana yang mereka sembah itu adalah Syaitan.

Sekarang ni kita tau, dajjal akan menyesatkan anak-anak adam, dan akan suruh anak-anak adam ikut mereka kan? Sekarang, tengok yahudi. Sedar tak sedar, sebenarnya kita sedang mengamalkan agama yahudi laknatullah ni. Allah~

Perancangan Yahudi, 5F

Fun
Food
Fashion
Film
Finance

Adakah mereka berjaya? Yes they did.

Haa, ni saya malas cerita lebih. Semua boleh faham kan. Macam mana dengan funnya? Bilamana orang terlampau asyik dengan hawa nafsu. Tengok anak remaja sekarang ni pun dah cukup. Dengan gamenya. Dengan bolanya. Pernah tengok iklan bola yang coca-cola tu? Yang, makan bola, tidur bola, mandi bola, apa apa pun bola? Nampak tak sebenarnya benda ni agenda Yahudi. Kalau boleh, solat pun bola! Orang sanggup bangun tengah malam semata-mata bola, kenapa tidak Allah? Tahajjud dulu ke. Kalau tahajjud dulu pun, tak mustahil, tengah tengah solat, tiba-tiba goal, dia terlintas, "eh siapa goall?" -.- Dia nak orang mempertuhankan bola. Bukan Allah. Nampak tak? Nampak tak? Licik kan? Allah~

Gay? Lesbian? Tok sah cerita. Dah ada pun orang kita yang kawin laki sama laki. Belajar tinggi-tinggi tapi gay. Allah.

Saya ada baca satu artikel. Yang membuat ramai perempuan taknak kawin, atas sebab ;

-Men can no longer trusted.
-Women are victims by virtue of their sex.
-Women should be selfish. (Freedom, no housewife, boleh lepaking and etc)

and a lots more.

Dan sekarang, perempuan Malaysia pun macam tu. Baru bercinta sekali, dah lelaki tak boleh dipercayai, tu yang sampai jadi Lesbian tu -.-

Sepatutnya perempuan, kena bangga. Bangga jadi perempuan. Bangga jadi housewife. Berapa ramai wanita yang dekat Malaysia, pemikiran mereka ialah, bila lepas belajar, kerja-kerja-kerja. Kalau dah kawin, kerja.

Berapa ramai yang bangga jadi suri rumah? Dengan ilmu yang tinggi tinggi jadi suri rumah je? Apalah! -Haa, itu mentaliti ummat kita sekarang ni. Jadi, anak-anak di rumah dijaga oleh bibik-bibik. Imam Ghazali katanya, bayi yang kecil itu seeloknya dijaga oleh ibu ayahnya, bukan diberi orang jaga, tetapi jika tak dapat dijaga, berilah kepada mereka yang baik akhlaknya, yang dipercayai agamanya, yang melakukan suruhan Allah dan meninggalkan larangan Allah untuk menjaganya.

Nampak tak? Belum pernah lagi kita dengar, aku belajar tinggi tinggi ni, untuk anak-anak aku kelak. ilmu ni untuk mereka. Untuk penyambung warisan aku, menjadi mujahid, mujahidah Islam. Tapi tak lupa, ummat juga memerlukan aku. Jadinya, aku akan bergerak seiring. Daaan, tak ramai lagi yang fikir macam ni. 

Sebelum tu, nak cakap fasal McD. Siapa makan McD? Burgernya? McD barang Yahudi. Maka, lepas ni sesiapa yang makan, boleh berhenti makan, ye? Tolong. Tengok, macam mana zionis memonopoli fikiran manusia dengan hanya satu dunia makan McD. Semua orang makan pulak tu. Allah~ Tengok, bagaimana zionis ni buat semua orang ikut dia? Nampak tak?

*Sejauh mana kesahihan zionis itu dajjal, wallahua'alam.

Kenapa Zionis nak tawan sangat Palestin?

"Barangsiapa yang memerintah Palestin, dia akan memerintah dunia"

Quotes ni. Zionis mahu tawan Palestin atas sebab quotes ni. Zionis pun tahu tentang ni, tentang menakluki dunia ni hanya dengan menawan Palestin, tak akan kita, yang ummat Islam ni, nak berlenggang-lenggang kangkung? je?

Dulu bukan Israel. Tetapi Palestin. Israel menumpang. Tanah haram Israel tu, kalau kalian tengok, Allahu Allah.... rumah mereka besaaar macam istana! Banglo tiga tingkatnya, dengan swimming poolnya. Tau tak semuanya adalah percuma? Bagaimana boleh percuma? Haa, tu la. Duit duit yang kita tak boicot barang yahudi tu, mereka membeli senapang, dan membiayai rumah-rumah mereka di Palestine. Sungguh,  besaaaar! Kita pun tak duduk macam tu. Huks!

Niat Palestin nak tolong Israel yang merempat ni, tapi itulah, Israel tak kenang budi, habis mereka ambil semua hak-hak Palestine.

27/8/2008 (selama 22 hari)
Israel nak hapuskan penduduk Gaza. Tapi benda tu tak belaku. Allah protects mereka. Kalau nak tau, hanya Al Aqsa je tempat yang diberkati. Maksudnya disini, Allah ada sebut 5 atau 6 (saya dah lupa) tempat di dalam ayat alquran, dimana Al-Aqsa adalah tempat yang diberkati. Even Madinah dan Mekkah pun tak dapat nama 'tempat yang diberkati' ye. Betapa hebatnya al-aqsa ni? Subhanallah! 3 ribu tan bom digunakan. Hanya 1500 orang yang kena dari 1.5 juta rakyat Palestine. Tengok, satu bilangan yang kecil. dan selepas peristiwa ni berlaku, lahir 3000 bayi baru, yang lahir dan besar tanpa cacat celanya. Subhanallah!


Kenapa ini berlaku?

Rasulullah s.a.w. bersabda, mafhumnya:

“Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian.”

Sahabat bertanya, “Di mana mereka itu, ya Rasulullah?”

Baginda s.a.w. lalu menjawab :

“Mereka berada di Baitulmaqdis dan di kawasan sekitarnya.”


Allah~ :') Mereka ini kuaat. Sangat kuatt!

Ada satu gambar. Saya cuba cari di google tapi tak jumpa. Seorang budak kecil Palestin yang berumur lingkungan 4-5 tahun, di tangannya ada satu uncang batu. Dihadapannya ada 5 orang askar Israel yang mempunyai senjata tetapi tidak berani hendak buat apa-apa. Hanya berani tengok, dan akhirnya tentera Israel ni cabut lari. Allahu~ Bayangkan?!

"Allah ambil keberanian tentera Israel dan Allah campakkan di hati rakyat Palestin, manakala Allah ambil ketakutkan rakyat Palestin, Allah campakkan di dalam hati-hati tentera Israel"

Ada satu lagi gambar, dimana ada 3 orang ketua tentera kereta kebal Israel di gari kakinya di dalam kereta kebal tu. Kenapa? Kerana takut ketua ketua ini melarikan diri. Bayangkan? Betapa hebatnya rakyat Palestine? MashaAllah!!

Kenapa rakyat Palestine Hebat?

Ada seorang ustaz yang pergi ke Palestin tempoh hari, ketika menunggu solat subuh di masjid, beliau menanyakan soalan pada seorang rakyat Palestine. Katanya, 

"Bagaimana ya saya nak kerja dengan Hamas?" *Hamas ni adalah kerajaan negeri. Sama la macam kerajaan negeri selangor semua tu*

Lalu dijawab pemuda tersebut, 

"Jika tuan mahu berkerja dengan Hamas, tuan kena berjumpa dengan Imam di Masjid tuan, dan dapatkan pengesahan daripada Imam di masjid tuan. Pengesahan di mana, tuan kena solat subuh berjemaah di masjid selama 3 bulan, dan disahkan oleh Imam di Masjid tuan, baru tuan boleh bekerja dengan kerajaan Hamas."

Allahuakbar! Ketika saya mendengar, meremang bulu roma saya! Mereka memilih sebaik-baik pemuda untuk berkerja dengan mereka. Allahu..

Lalu Ustaz mengukir senyuman, ditanya lagi,

"Bagaimana dengan menjadi Askar di Palestine?"

Pemuda itu melihat ustaz, lalu dia menjawab,

"Tuan wajiblah menjadi seorang hufaz, tahajud setiap malam, boleh lari 27 km sehari, melazimi puasa, dan ada lagi sebab-sebabnya yang lain"

Terkejut Ustaz yang mendengarnya. Subhanallah! Subhanallah!

Lalu disambung pemuda itu, "tak perlu lah tuan berkerja dan menjadi askar di sini, kerana tuan mungkin tidak mampu. Bantulah kami dengan kewangan, untuk menaikkan bangunan-bangunan yang perlu dinaikkan dan tak lupa doakan untuk kami untuk terus menjaga al-aqsa tercinta ni!"

Allah~

(Solat subuh di Palestine, masjidnya penuh sama macam solat jumaat. Betapa ramainya?! Allah~ Malaysia? Ngeh~)

Kalau kalian perasan, ketika kalian lihat video-video Palestine, cuba lihat ketika bom dilepaskan, apa yang rakyat Palestine buat? :)

Mereka tak akan lari dari situ malah membantu mereka-mereka yang terkena dengan percikan bom. Pernah kalian lihat, rakyat Palestin nyorok-nyorok di belakang pintu? Atau berada di bawah meja? Memang mereka menyelamatkan diri, tapi kejap tu, mereka terus bergegas mencari mangsa-mangsa yang terkena percikan-perickan bom. Betapa mereka ini sangat hebat?

Malah, mereka ni seorang yang mendahulukan sahabat yang lain. Bukan segelintir, tapi keseluruhan rakyat Palestin.

Saya teringat satu dialog antara seorang rakyat Malaysia (ikhwah) dan seorang rakyat Palestine, katanya Palestine,

"Kita mesti membantu rakyat Somalia! Syria!" Mereka sibuk memberi bantuan duit, dan makanan untuk dihulurkan kepada mereka.

Si Ikhwah tadi tak faham. Sedangkan dia lagi memerlukan bantuan. Tidakkah dia sedar? Lalu dijawab si ikhwah ni,

"Eh, enta lagi perlukan bantuan. Kenapa nak tolong mereka pula? Enta lagi susah dari mereka. Bom tak henti-henti. Enta kena selamatkan orang-orang enta dulu."

Tau apa dijawab oleh orang Palestine tu?

"Ana cukup makan, ana sihat, ana boleh berlari-lari. Kami sihat. Kami semua kuat. Mereka lagi teruk dari kami, mereka lagi memerlukan makanan, dan duit ni dari kami. Kita kena tolong mereka"


Menangis si ikhwah ni bila mendengar betapa orang Palestine ni, sangat mendahulukan sahabat lain berbanding diri mereka sendiri. Subhanallah!

Katanya seorang rakyat Palestine ni,


"Kami bukan bangsa yang senang menyerah kalah"

Dan kata-kata ini terbukti. Bayangkan hari ni bangunan tu kena bom, esok diorang naik baru. Hari ni kena bom, esok naik baru. Takde la terus naik. Maksudnya, berusaha naikkan yang baru. Subhanallah!

Lagi satu, rakyat Palestin takde yang kurus keding sampai nampak tulang. Walaupun tak cukup makan, Allah jaga mereka untuk berperang :')

Kerana itu, Palestin dipanggil kota syahid..

Dan sebenarnya, orang Palestin banyak bantu kita. Sanggup korban kan mak, ayah, anak-anak untuk selamat kan masjid al-aqsa orang Islam.. Allah~ 

Kenapa dekat Masjidil Haram, Masjidil Nabawi, dan Masjidil Aqsa kita tak solat jamak? Kenapa kita solat zohor, asar, macam biasa? Ini kerana kita sebenarnya sedang pulang ke kampung halaman kita yang sebenar. Milik ummat Islam. Iaitu, 3 tempat ini. Dan Allah meletakkan rakyat Palestine, untuk menjaga kampung kita iaitu Baitul Maqdis. Subhanallah!


Maka, tidakkah kita terasa terpukul untuk menyelamatkan kampung halaman kita sendiri? 

Ustaz saya kata, kalau kita tak nak tolong pun, ada orang lain yang akan tolong mereka. Sebab Allah dah janji, tak akan berlaku kiamat selagi umat Islam tak menang, kan? :') 

Tapi, kita sebagai seorang hamba Allah, kelak apabila ditanya Allah, 

"Apakah yang telah kau lakukan untuk Ummat Islam?"

Sekurang-kurangnya kita ada alasan ini, alasan yang hendak diberikan kepada Allah, di akhirat kelak :')

Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela ugamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (At-Taubah 9 : 39)

Ayat ni, memang kasi pukul kepala guna hammer banyak banyak kali!

Baiklah, akhir kalam, siapa ingat kisah Nabi Ibrahim? Yang dibakar hidup-hidup? Dan apinya bertukar menjadi sejuk. Kan?

Dan pada ketika itu, ada seekor burung yang kecil, yang terlihat tentang itu, lalu perginya burung tersebut kesungai, dan mengambil air menggunakan paruhnya, lalu dijirus kepada api tersebut. Dibuat berulang kali.
Lalu Nabi Ibrahim bertanya kepada burung tersebut,

"Wahai burung, bukankah engkau tahu bahawasanya api ini sejuk?"

Lalu menjawab burung itu,

"ya aku tahu, tapi sekurang-kurangnya, kelak bila ditanya Allah kepada aku, aku punya alasan kepada Allah, sesungguhnya aku telah menolong nabi Allah Ibrahim daripada api itu"

Tengok, walau kita tau, natijahnya Islam akan menang suatu hari nanti, tapi bermakna kita tak perlu menolong. Kan? Untuk bantu diri kita sendiri di akhirat kelak dengan pertanyaan-pertanyaan Allah :)

Last but not least, 
Kemenangan itu bukan datang bergolek.

"Isu Gaza Hanyalah Permulaan, 
Dan Ia Adalah Hanya Percikan Api"

Jangan lupa, doa! Ya? :)

Semoga Allah redha!

7 comments:

Kak iman said...

tetibe iman teringat lagu dri shotul palestin yg tercinta

Salsabila said...

haaa, di inspirasi tajuknya atas lagu tu. hee.

sebenarnya saya takut, kalau orang search tu untuk lagu tu, nanti terkeluar post yang ni.

maksudnya, "alaa, ingatkan lagu. rupanya entri"

alahai.

semoga Allah redha hendaknya.. :')

Tyqa. said...

Allahu Husna, goosebumps sepanjang membaca. Sungguh mereka kuat :')

Wanita Besi Jambu said...

as salam. okeyh. memey panjang. tapi tak kisah la. kak suka! serius. syukran husna. moga Allah redha. inshaAllah. ukhuwah fillah abadan abada! <3 ^_^

amira faqihah said...

subhanaALLAH,,gained byk sgt ilmu dlm entry ni :')

FR said...

thank you untuk entry ni husna :')

FitraLya said...

subhanallah..memang terasa terpukul sedikit sebanyak..kita selalu lupa pd keadaan yg terjadi di palestin sedangkan kita terlalu asyik dengan kesenangan hidup di Malaysia. moga Allah berkati kita dan mereka..amin