"Umi, angah minta maaf tau. Angah makan meggi pagi tadi. Lapar.."
"Kenapa tak pergi cafe beli makanan? Kan exam, maggi tak elok"
"Malas la nak turun umi. Kena pakai baju semua, handsock semua sedang kebasuhan"
"Kalau malas, berlapar la angah hingga ke malam. Nak umi hantar makanan ke?"
*hatiku luruh.. Allah~ Allah~*
sedangkan Puchong ke tempat belajar ku ini jauh. Sepertinya Cheras ke Seremban. Setengah jam-satu jam juga la.
"Eh, tak perlu la umi sampai nak hantar makanan. Saje nak kasi tau umi, yang angah nak minta maaf sebab makan maggi"
"Pening nanti kepala tu. Esok exam"
*tersenyum. umi ni tau tau aje kepala ini sedang bertampalan kerana peningku menyinggah selepas makan maggi*
"Takpe la umi, nanti angah letak koyok dikepala"
"Ok, jaga diri elok-elok. Jangan makan maggi. Awak tu bukan boleh makan maggi sangat pun. Nanti lah, tengok weekend nanti umi hantar makanan dan ambil sekali barang-barang angah nak balik nanti. Takde la nak kena kemas banyak sangat. Kurang la sikit benda nak kena kemas-kemas"
Ah, aku tersentuh untuk kesekian kalinya.
"Baik umi, nanti kalau umi sampai weekend nanti, umi call. Angah kasi barang-barang yang nak bawa balik dulu"
"Ok"
"Kirim salam ayah balik kerja nanti. Sayang Umi"
"Ok, Sayang angah juga"
"Ok, Sayang angah juga"
Made my day. Allah~
Semoga Engkau sentiasa merahmati mereka, menyayangi mereka, melindungi mereka, dan paling aku mahu, menghindari mereka dari api neraka!
Semoga Engkau sentiasa merahmati mereka, menyayangi mereka, melindungi mereka, dan paling aku mahu, menghindari mereka dari api neraka!
**
Dan ada orang belanja saya boling haritu. RM 20. Seorang ukhti. Sudah dibank in kepada pihak penganjur. Allah~ Allah~ Rezeki saya haritu. Alhamdulillah.
Terima kasih ukhti-you-know-who-you-are.
Semoga Allah merahmati awak sekeluarga.
Saya exam final. Doakan.
Stay focus. Strive for success. InshaAllah! :')
1 comment:
Allah. Kasih sayang seorang ibu :) Rindu Mama saya.
Post a Comment