Dulu, suatu ketika dahulu saya tidak suka untuk memberi sedekah. Bukan kerana apa, tapi kerana takut duit akan habis. Paling banyak pun bagi, RM1 (baca : kalau guna duit sendiri) kalau guna duit umi ayah tu, lain cerita la kan.
Tapi, Allah tegur saya dengan satu kisah. Ketika saya hendak pulang dari sebuah tempat, saya ternampak seorang homeless. Yang mungkin duit pun tidak ada. Kalau ada pun mungkin cukup-cukup je? Dalam saya berjalan hendak pulang tu, saya lihat orang homeless memberi sedekah kepada orang buta yang sedang bermain kugiran di tepi jalan. Hatiku tersentuh, tersentap, semua ada. Sedangkan diri yang inshaAllah masih punya duit untuk makan, balik rumah, tak boleh beri? Orang yang kita dah tau dia tak punya rumah, boleh pula bagi duit dekat orang lain. Allah~
Dan sekejap tu, ada orang lain beri homeless ni makanan. Tengok? Betapa cantik aturannya. Dan sejak kes itu, walaupun ada lima puluh sen dekat dalam purse, dan pada ketika itu ada orang yang memerlukan, tidak teragak-agak untuk memberi. Sebab Allah pun dah janji. Kalau kita kasi 1, Dia bagi 10 balik. Sama ada kita sedar tak sedar je :)
Dan terkadang, mereka yang datang dekat kita tu puun, sebab Allah yang datangkan dia untuk kita. Dan kena ingat juga, terkadang duit yang ada dekat kita tu, tak semestinya untuk kita. Mungkin duit tu, rezeki tu, untuk orang lain tapi melalui kita :)
Allah terlampau sweet untuk kita. Cuma kita, entah apa-apa.
Semoga Allah redha!
1 comment:
Pernah juga ternampak kejadian macam ni berlaku di depan mata.
Masa tu rasa, Allahuakbar.
Post a Comment