“Wanita solehah tak jiwang dan gedik.
Muslimah solehah tak akan bergedik depan kamera atau jiwang dalam muka buku. Dia hanya manja dan ceria dalam keluarga tetapi menjaga maruah dan memiliki haibah dihadapan manusia. Kalau dia berjalan mata2 lelaki malu memandangnya, gadis-gadis hormat padanya dan kaum ibu berbangga jika ada anak sepertinya. Wanita solehah amat berahsia, kisah peribadinya bukan untuk tatapan semua manusia.”
itulah sebabnya saya berahsia-rahsia. Bukan kerana ingin berpoyo-poyoaan, tetapi saya punya pegangan yang saya pegang, hal tentang diri. Ia bukan untuk tatapan umum, tapi untuk mereka yang mengenali dan berhak sahaja. Perempuan itu rahsia, sifatnya. Begitulah, kita (perempuan) harus menjadi.
Untuk menjadi solehah tak mudah, tetapi sekali dapat, itulah dia pencapaian yang hebat untuk kita bawa diakhirat kelak. Dan semua-semua ini mestilah hanya untuk mencapai redha Ilahi :)
*tersenyum*
semoga istiqamah!
4 comments:
"A secret makes a woman - woman."
Vermouth dalam Detective Conan. :)
:)
Tersenyum dan terus tersenyum.
:)
Berusaha menjadi wanita solehah.
InsyaAllah, biiznillah.
:)
ya :')
Post a Comment