Tuesday, March 26

Polis

Tadi, ada seorang polis yang menelefon rumateku rentetan kesnya yang hilang duit sebanyak 2k di dalam bank.

Rumate ku ini pula jenisnya tidak mengangkat call yang tidak dikenalinya. Aku pula jenis yang angkat call takut-takut kalau ada emergency case.

"Hello, boleh saya cakap dengan Tikah"
"Salam, ye hello? Err Tikah?"
"Eh? Ni bukan nombor 123456789 ke?"
"Eh, bukan rasanya."
"Oh yeke. Takpelah."
"Ni siapa ye?"
"Saya polis ni"

Erk. Tergumam kejap.

"Nak cakap dengan siapa tadi? Tikah? Tikah Zaini ke?"
"Ha'ah. Tapi tadi kata ni salah nombor?"
"Oh, tak. Saya mana hafal nombor dia, jadi tu la pasal. Dia solat"
"Yeke? Lama lagi ke?"
"2 rakaat dhuha je encik."
"Takpe, nanti saya call balik."
"Ok. Salam"

..
Terkejut jugak sebenarnya bila dengar polis. Jadi tahu lah saya ini tentang kesnya yang hilang duit. Terus saya letak hp. Cakap dengan kak ika, kak ika! polis laaa! Kak ika terus macam, polis ke? Iyaa laa. Polis! Takpe, nanti sat gi, pepandai la dia call semula, inshaAllah.

Sebenarnya kak ika belum lagi nak dhuhanya. Baru hendak pakai telekung. Heh T.T 

..
Bagus sebenarnya tak angkat call yang tak dikenali, tapi ada kalanya, kita memang harus angkat, mana tahu time tu emergency mak ayah kita meninggal? Kan susah?

Allah~
InshaAllah, semoga Allah redha kita! :)

1 comment:

fathiahRAIHANA said...

My dad pun plis, hee. Dan dia sendiri pun tak suka jawab call yang tak dikenali. Even kalau anak sendiri call dari asrama guna public phone --'