Monday, April 1

Hairan

Saya hairan bin pelik, bila orang tanya, ambil jurusan apa? Kerja apa? Kalau anda jawab medic/dental, engineer, architect, dan seangkatan dengannya, mesti orang akan "wooooaaa!" 

Dan macam la dekat dunia ni ada course dan perkerjaan tu je. Oh, saya lupa, kita kan dirobotkan oleh kerajaan-kerajaan Malaysia supaya minda kita ni hanya strives for medic, engine, architect dan seangkatan dengannya.

Come on. Manusia bukan robot. Sebab tu, bila ada orang tak dapat straight a's(apabila dia dah berusaha gila-gila) dia boleh jadi gila juga. Sebab tak boleh ambil medic. Ah, qualification medic kemain tinggi. Inilah itulah, tapi, doktor masih tak cukup-cukup juga. 

Mereka kata, rugi kalau orang pandai pergi ambil pekerjaan contohnya seperti, cikgu atau bomba, atau tukang masak, atau ustaz/ustazah. They also served people what?

Oh, lupa. Gaji.

Bukan pekerjaan/course tu boleh bawa awak masuk syurga pun. It depends on you. Yourself. How you managed them. Bukan how they managed you.

Betullah orang kata, tak ramai orang yang gila. Kalau ada mungkin dalam 10 ada satu. Dan orang gila akan faham orang gila yang lain. Kan? :')

Ada sorang anak kecil. Cita-citanya menjadi fireman. Tapi bila dia masuk sekolah, dia tak nampak dah jalan untuk ke arah cita-citanya. Yang dia nampak cuma, doctor! doctor! doctor! Maka, cita-citanya berubah menjadi doctor, bukan fireman lagi. Tapi bila dia sudah tamat sekolah, dan bila dia sedar, dia nampak sekolah tak banyak membantu dia untuk ke arah fireman, dan bila dia terokai dunia luar, dia  lebih nampak luas jalannya untuk ke fireman. End up dia jadi fireman. Tengok? Betapa pendidikan mengawal mentaliti pelajar daaan tak lupa ibu bapa yang mindanya juga seperti itu. Maka, siapa hendak encourage budak-budak ni? Kalau tak ibu bapa?

Terdapat juga satu family ni, mak ayah doctor. Anak-anaknya juga, semuaaa kalau boleh kena jadi doctor. Tak kira la apa jenis doctor, janji doctor. Kalau engine, semua engine. Apakah? Trend mungkin? 

Tak salah untuk jadi doctor, engine, archi (nanti fikir saya racist pulak) tapi inilah dia yang mereka sedang ingin product-kan. Saya juga baru tersedar apabila disedarkan oleh sahabat saya. Aish. Yang tidak menjadi seperti yang dimention di atas, don't get upset. It is not the end of the world. Allah just save you for something better, :) be positve! Dan pada mereka yang tak nak pun pandang this course/pekerjaan/ dan have something to do, salam hormat. Semoga dipermudahkan Allah sentiasa. 

Course/kerja ape-ape pun yang kita ambil, biarlah course/kerja tu mendekatkan kita kepada Allah :)

Salam hormat juga kepada doctor, engine, archi dan seangkatan dengannya, atas kerja keras kalian. Moga Allah kira tiap peluh yang jatuh :)

5 comments:

Khaleda Syazwani said...

sangat memberi inspirasi :)

musheh said...

what course are you?

Salsabila said...

Im one of those courses. -.-

fathiahRAIHANA said...


so true T_T

Menang atau Syahid Adwa'. said...

Nak jadi lecturer mulanya.

Tapi tengoklah kat mana Allah letak kita.

Alhamdulillah 'ala kulli haal.