Friday, June 21

Kenapa usrah sorok-sorok? Tipu-tipu?

tanya seorang junior saya pagi tadi.

Terdiam kejap.

'Kenapa awak tanya macam tu?' balas saya.

'Iye la. haritu saya ada ikut seorang akak ni nak berusrah. (sebenarnya daurah) buat di masjid. selama 2 hari satu malam. Ade ke dia suruh kiteorang ni menipu. Kalau orang kata dari mana, kena jawab dari tempat ni(dimana tu bukan tempat kiteorang pun) patut ke?'

Saya tersenyum. Memang pada mulanya pun saya begitu. End up saya tak pergi pun. Satu, dah la saya tak pergi. Dua, kena marah pula dengan sorang kakak tu kerana saya tak pergi. Katanya kakak tu, tak boleh la buat macam ni la, apa la. Setiap masa call, tak pun mesej. Sampai takut saya dibuatnya. Bila nombor tak dikenali telefon je, saya tak angkat. Kerna saya takut akan kakak tu. Baru semester 1 kot time tu! =.= Ok, berbalik pada cerita tadi, saya tanya kepada dia,

'kenapa kakak tu suruh berbohong? Awak ada tanya?'

'ada. tapi kakak tu kata, nak daurah, usrah memang kena underground. Ade ke kak? Kan Islam ni dah tersebar luas! Bukan macam dulu, islam tu time tu janggal benau dimata dunia. Memang la diorang terpaksa berahsia-rahsia. Sebab takut nanti kena serang, sebab time tu diorang tak kuat lagi dan orang islam yang masuk islam time tu ada la beberapa orang? Sekarang ni, usrah dah well-known la kak! Come onnnnn! Semua orang berpusu-pusu nak kan tarbiyyah. And one of the medium is usrah?! Apa nak sorok2 lagi? Abis la orang taktau? Maigodddddd'

Katanya seperti marahkan sesuatu. 

Saya tersenyum akan telatahnya. Marah benauu budak depan saya ni. Haha. Saya pun tersenyum. Lama saya pandang budak ni.

'Macamni lah. Bukan dorang tanak buat besar-besaran. Tapi diorang ni perhaps, still afraid of what they are doing kut. Ala, sekarang ni, kalau adik nak tau ada je jemaah surau/masjid yang memang tak kasi buat daurah/usrah dekat surau/masjid diorang. Sebab tu la kut diorang suruh cakap dekat tempat lain. So, selamat la nak buat aktviti apa-apa pun. Kan? Lagi pun sekarang, ada je pemikiran orang yang masih kolot-kolot ni. Islam memang dah tersebar luas, tapi berapa ramai yang faham Islam tu apa?'

'Hm. Tapi tak perlu la suruh tipu?! =.='

'Yang bab tipu tu akak setuju. Tak perlu ajar menipu. Sedangkan dalam Islam pun takde tipu sunat. They might forgot kot. Kan? Manusia kan?'

Dan teruslah perbualan antara kami berdua. Tapi apa yang saya nak highlight kan dekat sini, sesiapa yang bawa usrah, saya rasa tak perlu untuk mengajar anak-anak mad'u anda menipu. Walaupun kita nampak mereka ni seorang yang masih mencari-cari the right path, remember, diorang tu tak bodoh pun. They just don't get a chance to learn Islam like you did. So, show them the nicest akhlak that you've got. Angry? Be patience. Allah will grant you pahala, inshaAllah :)

Saya lebih suka kalau usrah tu tak dijadikan terlampau berat? Seperti saya pada awal dulu. Tau tak kenapa saya tak join at the first place? Because the kakak dont know how to approach me and she don't know how to make it simple. Jadi, pada masa tu, saya rasa usrah adalah satu bebanan! Walaupun before this, saya pernah berusrah dengan family saya. Tapi bila masuk yang macam formal usrah, it became something that I don't like it. But somehow, alhamdulillah there got one kakak who approached me really well! She just asked me and some of the students to bersihkan surau together, with nasyeed, zikir and so on and suddenly, she just share this and that, and at the end, idk actually it was usrah! See? It was awesomeeee! Because my parents did that ways too :) 

Jadi macam tu la. Tak perlu pun nampakkan sangat benda tu macam usrah? Sebabnya bila kita terlampau formal, (ini opinion saya ya) orang yang free hair, dan sebagainya akan tak rasa nak join kita pun? Sebab diorang takut dengan kita. Jujurnya. Even non-muslims pun takut. Sebab? Diorang nampak kita ni susah sangat nak minggle. Too religious said them. Tapi sebenarnya tak pun. Tak mcm yang diorang fikirkan. Who knows one day, with our akhlak, and attitude, and attires, membuatkan diorang nak masuk Islam? :) Kun Fayakun.

As a conclusion, don't get too serious in terms of the group? Mesti kena bulat? Mesti kena dekat masjid? Mesti pakai tudung labuh? Mesti kena ini? Mesti kena itu? Yes, we need tarbiyyah which one of them is Usrah. But please, don't make the Usrah become something that they don't like. Make it simple, intresting and fun! Islam tak susah, so jangan susahkan! :)

"Dalam satu hari yang sama, mad'u anda ada usrah dan ada party. Any party. You choose, whether nak suruh anak-anak usrah anda ke usrah atau ke party?"

Have faith!
:)


11 comments:

Mirae Adnan said...

thumbs up. awesome! :D

Ms.Sparkles Blue said...

Awesome~!! ^^

Aliff Haikal said...

well done ;)

Bayang Diri said...

:)

~PENCHENTA~ said...

Oh sem! Betul lah. malu nak cakap, tapi sebab benda ni jugaklah saya stop ada hati nak join dah. Sobs.

Anonymous said...

saya setuju sangat! well, saya pernah minat nak join usrah di tempat saya, tapi malangnya cara dia tak membantu minat saya untuk join usrah tu..:( and now i ended by baca blog, tgk tv etc yg boleh caranya lebih dkt dgn hati saya:)

Anonymous said...

Actually Islam taught us to be sneeky when it comes to desperation. I think the junior must be misinterpreted the data she received from her murobbiah. i have something to share, during the Mecca times, Rasulullah spread Islam by this system. But it just during those times they never call it usrah. This system was established as Usrah started during the deteriorating of the Caliph, which was introduced by Hassan Al Banna. I bet you know about this. And about the 'lie' you mentioned above, was because not all Malaysians can accept over public gatherings with a bunch of lengthy hijabs worn by the Muslimahs with qur'an in their hands. Because in their minds had socked with this absurd term, SESAT. It's sad how the community said the system that was brought by Rasulullah is SESAT. So, to keep things down while spreading the dakwah and to satisfy all the deary Malaysians, the naqibahs chose to be sneeky. And I hope that whatever happens, whether you hate it or not, whether whatever you get was from the Kuffar or from the Muslims, please be nice and huznudzhon always. Thank you. Assalamualaikum. Adios

Salsabila said...

will always be. inshaAllah :)

and not most of them 'faham' like you did :)

and the naqibah should tell their adik2, about why we should do this and that, perhaps?

people nowdays are very smart than what the naqibah think. so, the naqibah should think smarter than the adik2, :)

naqibah = murabbi. means they convey good attitudes about islam to others n etc. so, the naqibah should walk the talk. rite?

if they asked why? the naqibah should answer the question i guess?

sebab orang baru, might not understands what husnuzon is :)

and I personally talked based on my experienced. AS IF, when i wrote this, im not the one who understands all this kind of things, what would you do? as a person who 'understands' Islam? the history of Rasulullah? :)

..
and did you ever thinks why this might happened in usrah? and did you ever thinks about the solutions?


Waalaikumussalam wrb :)

Anonymous said...

saya pernah join usrah tapi sekali je, sebabnye saya takot mase time usrah tu semuanya formal-formal dan kebanyakan yang join usrah tu adalah org2 yg tudung labuh, n saya sorang je yang tidak...dan sy pernah berharap nak join lg, tp malangnya takde sape yg ajak malah kakak rumah sy pon selalu berusrah tp, dia tak pernah ajak kami untuk join dan saya dpt rasekn jurang antara kami dan kakak serumah sbb mereka jarang bertegur dgn kami.

adawiyah said...

Saya harap dapat mengajak manusia dgn ikhlas.. bukan keterpaksaan. Saya nak buat amal ibadat bkn sebab manusia. Saye x suke dgn usrah sekrg.. sbb saye rasa terbeban sangat. Semenjak akak suruh jadi murabbi. Dakwah tu nmpk wajib. Padahal sunnah terbesar rasulullah. Saya nk buat dakwah، tp saye x nak dipaksa membuat dakwah. Saye nk buat dengan kerelaan. Bukan paksaan. Saye ta mampu nk bawa usrah. Jd saye x tahan lgi dipaksa utk bawa usrah. Nak dtg dairah pon. Kalau poteng sbb penat kene denda.. saya sangat terseksa dgn suasana mcm ni. Daurah adalah pilihan, bukannye wajib! Saye boleh dtg n x boleh dtg atas pilihan saye. Saya x nak dtg sbb org suruh. Pleaseee.. i hate this system. Give me choice , not a decision !!!!

Anonymous said...

seriously jumpa jawapan utk soalan saya nie. First dulu ada join usrah yg mcm tue. tapi pernah sekali ada urusan lain tak bkesempatan nak join daurah mereka.oleh sbb itu akak2 pakat ignore me and tak ajak dah pergi usrah mereka. hmmm. tak faham mereka tue. but my friends join them, bila nk kuar rumah je,menipu, kate nak pergi sana situ.. padahal kite yang dah tahu ni rasa geram je dalam hati. bila nak kuar rumah je,org tany, tak layan, buat muka and kuar rumah. bukan nak sibuk ape,just utk keselamatan diorang jugak kut2 ape terjadi. tak faham aih. nak pergi ke arah kebaikan tapi menipu. pelik. maaf perkongsian agak menggunakan emosi.