Saturday, September 28

REPOST : Rezeki :)

Ini post lama. Kasi naik.

..
Salamunalaik~

Saya suka quote ni :
kalau kita tak dapat apa yang kita kehendaki, kita bersyukur dengan apa yang kita ada :)

Baiklah, mahu bercerita kisah nabi. 
Siapa tahu kisah Saidina Ali dan Siti Fatimah?

Siti Fatimah, isteri Saidina Ali didatangi seorang peminta sedekah. Ketika itu Saidina Ali mempunyai 50 dirham.

Setelah menerima wang, pengemis itu pun balik. Di tengah jalan, Saidina Ali bertanya berapa banyak yang diberi oleh Saidatina Fatimah. Apabila diberitahu 25 dirham, Saidina Ali menyuruh pengemis itu pergi sekali lagi ke rumahnya. Pengemis itu pun pergi dan Fatimah memberikan baki 25 dirham kepada pengemis itu.

Selang beberapa hari, datang seorang hamba Allah berjumpa Saidina Ali dengan membawa seekor unta. Orang itu mengadu dalam kesusahan dan ingin menjualkan untanya. Saidina Ali tanpa berlengah menyatakan kesanggupan untuk membelinya, meskipun ketika itu dia tidak berwang. Dia berjanji akan membayar harga unta itu dalam masa beberapa hari.

Dalam prjalanan pulang, Saidina Ali berjumpa dengan seorang lelaki yang ingin membeli unta itu dengan harga yang lebih tinggi daripada harga asal. Saidina Ali pun menjualkan unta itu kepada orang itu. Setelah mendapat wang, Saidina Ali pun menjelaskan hutangnya kepada penjual unta.

Beberapa hari kemudian, Rasulullah saw berjumpa Saidina Ali lalu bertanya :

"Ya Ali, tahukah kamu siapakah yang menjual dan membeli unta itu?" Lalu Saidina Ali menjawab dia tidak tahu.

Nabi menerangkan yang menjual itu ialah malaikat Jibril dan yang membelinya ialah malaikat Mikail.

**
Siapa sangka? Allah mahu beri Saidina Ali dan isterinya Fatimah wang yang lebih? Hanya dengan membantu seorang pengemis dan seorang penjual yang berada didalam kesusahan.

Allahu Allah. Sungguh, jangan khuatir tentang rezeki Allah :)


Siapa pula pernah dengar cerita P.Ramlee dan seorang lelaki? :)

Cerita ini diceritakan oleh Dato' Aziz Satar ketika ditemu ramah tentang P. Ramlee.

Ramlee hanya punya wang RM20. Ketika sedang bersiap-siap ingin keluar rumah, datang seorang lelaki menangis-nangis di depan Ramlee dan menyatakan yang dia perlu pulang kampung segera, kerana emaknya sakit tenat dan tak punya wang untuk pulang ke kampung halaman. 

Lalu, P.Ramlee menyerahkan semua wang tersebut kepada lelaki tersebut. Aziz dan Sudin hairan. Lalu bertanya Aziz kepada Ramlee ; kenapa tidak kasi sahaja RM10? Kenapa kasi kesemuanya sekali? Dan jawab Ramlee ; jika tidak datangnya lelaki tersebut, maka itu semua rezeki aku. Tetapi Allah datangkan lelaki ini kepada aku, maka ia bukan rezeki aku. Ia rezeki lelaki tersebut. Lalu Aziz diam dan mereka bertiga naik teksi yang ditempah Aziz.

**
Saya hanya mampu tersenyum apabila dengar kisah ini. Sungguh, betul apa yang dikatakan oleh P.Ramlee itu. 

Jadi kenapa masih ramai yang merungut tentang rezeki? Bukan kah rezeki itu ditangan Tuhan? Jika tidak dapat sekarang, mungkin lusa, bulan hadapan atau tahun hadapan. Allah cuma mahu lihat kita bersabar.  Mahu dengarkan lagi rintihan hati kita. Kenapa perlu bongkak? :)

"Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendakiNya tanpa batas" (Al-Baqarah : 212) 

Ada dua benda Allah nak ajar kita tentang rezeki. 

Satu : Sabar.
Dua : Bersyukur.
Tiga : Tambah pahala.

Sabar. Allah mahu ajar kita erti sabar. Mungkin tak cukup sabar lagi dalam diri kita. Allah mahu tengok jauh mana sabar kita. Allah mahu tengok, tinggi mana tahap kesabaran kita. Kan? :)

Bersyukur. Bersyukurlah dengan apa yang ada sekarang ni. Dengan apa yang ada disekeliling kita. Terkadang manusia ini lupa ; alpa. Apabila diberi betis mahukan peha. Apabila diberi delima, mahukan permata. Kan? :)

Jadi, apabila kita bersabar dan bersyukur, maka akan dapat hasilnya. Iaitu pahala. Allah mahu beri pahala lebih dekat kita. Ya, dengan sabar dan bersyukur! :)

Tahu kisah Nabi Allah Sulaiman as dengan semut? Pasti semuanya tahu kisah ini. Apa jawab semut tentang rezeki Allah? :)

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku"

**
Bayangkanlah? :)

Jadi, kepada mereka yang tidak dapat apa yang mereka mahu kini, ia bukan bermakna Allah itu tidak sayang kamu, tidak! Bukan bermakna Allah itu lupa kamu, tidak! Allah sayangkan hambaNya. Allah tak pernah lupakan hambaNya(tetapi hambaNya selalu lupakan Allah). Allah cuma hendak beri kamu pahala. Kerana Allah sayang. Ya, kerana Allah sayang :)

Maka teman, jangan khuatir tentang rezeki Allah. Kerana rezeki Allah itu luas. Maha luas. Ada dimana-mana sahaja ^.^

Have faith in Allah. 
Keep istiqomah.
InsyaAllah, Jannah will be waiting :)

..
Saya rindu saya yang suka menulis di belog ni. Dulu.

5 comments:

sinchiro said...

ingat cerita ttg kilang tempat fahmi praktikal?
pegang pada 'rezeki di tgn Allah'
setakat ini..walaupun elaun x penuh..masih mencukupi...alhamdulillah :)

Adwa'. said...

"Kalau duit ini bukan rezeki mereka, Allah tak akan izinkan duit yang aku beri tadi sampai ke tangan mereka.."

Akhi. said...

This is the best post ever!

Farah said...

Suka! Terima kasih :')

Aisyah said...

Terbaik la kak fafa. Mengalir gak air mata bila akak sebut sal p.ramlee. Beliau tu seorang yg buat keje dgn ikhlas. Sbb tu sampai skang dia diingati. Pnh dgr dia buat cerita bukan nk duit. Tp nk sampaikan msg pada org ramai.
Tak mcm org sekarang. keje untuk duit yg pertama. Berkhidmat jd matlamat kedua. Bila x dapat duit, keje pon malas.