"Husna, macam mana ni, saya takut subjek yang last tu saya failed!"
"InshaAllah, tak failed. Stay positive. Sentiasa doa pada Allah, ok? Jangan la fikir lagi, benda dah lepas dah"
"Tapi saya takut! Saya taknak gagal lagi!"
"InshaAllah. Tak gagal punya. Miracles do happened. InshaAllah, Husna akan doakan juga untuk awak, ok? Dah2, pergi solat. Banyakkan solat hajat, lepas usaha, kita doalah pada Allah, kan?"
*Sunyi*
"Husna memang la, tak pernah gagal. Pointer husna sentiasa menaik. Husna tak pernah dapat pointer sikit-sikit. Memang la Husna senang cakap. Kiteorang yang selalu gagal ni, lain la. Sem lepas ada satu gagal. Takkan sem ni nak gagal lagi? Berapa kali nak repeat? Husna tak pernah rasa kegagalan, sebab tu la Husna ok je. Husna tak rasa apa yang saya rasa."
Saya terus senyap. Hanya mampu pandang muka dia je. Sungguh saya terasa..
Terlampau banyak kegagalan yang saya alami. Terlampau banyak. Dan mungkin kali ini, adalah hasilnya selepas banyak kali gagal.
Siapa kata saya tak pernah rasa kegagalan? Siapa kata saya sentiasa bagus dalam semester? saya pernah, saya hampir jatuh untuk gagal. Untuk kelakayakan, B, saya hampir jatuh untuk repeat. Siapa kata, saya tak pernah rasa apa yang awak rasa?
*senyum*
Cumanya disini, saya lebih tabah dalam menghadapi, kerna kegagalan yang sebelum ni, membuatkan saya menjadi saya yang sekarang ni.
**
Saya dapat tau yang saya akan gagal satu subjek. Dimana, saya akan repeat subjek tu untuk semester ni. Tapi, itulah saya cakap. Miracles do happen. Miracles is another name for hard work. Bila saya dapat dengar berita yang sayup-sayup tu, bahawasanya Nur Fadhilah Husna akan repeat subjek short sem ni pada long sem, saya adalah manusia yang paling tidak kuat sekali pada ketika itu. Saya menangis untuk kesekian kalinya. Saya "gila" sebentar. Saya jumpa lecturer untuk confirmation. Tapi lecturer kata, eh? Siapa kata? We'll see. Just wait until your exam results. Saya menunggu saat tu. Menunggu sangat. Tapi dalam pada masa yang sama, saya bagitahu umi ayah saya. Supaya tak lupa doakan tentang saya ni. Dan bila results keluar, sayalah manusia yang paling gembira, kerna saya dapat B+. Failed B-, walaupun cukup-cukup makan, saya bersyukur sangat, sujud syukur kami sekeluarga. Tengok? Miracles happened. Siapa baik sangka dengan Allah, Allah akan tolong hamba Dia :')
Siapa kata, saya tak pernah rasa apa yang awak rasa? Tak semestinya results saya bagus, saya tak pernah mengalami kegagalan, sesungguhnya kegagalan yang saya alami, terlampau banyak. Dan hati saya sudah menjadi konkrit dengan kegagalan yang saya alami, dan membuatkan saya menjadi saya yang sekarang ni.
Kata, apa je kegagalan yang saya tak pernah alami? Semua pernah. Tapi cumanya, saya tak pernah give up dengan kegagalan. Pepatah jepun, kalau jatuh 8 kali bagunlah untuk ke 9 kalinya. Begitulah kita, jangan mudah putus asa.
Kita punya Allah yang sangat hebat! Maha hebat! Maka, mintalah doa! Kalau lecturer tu hati sekeras batu, lupakah kita siapa yang memegang hati-hati itu? Lupakah kita siapa yang membolak-balikkan hati manusia tu?
Mungkin kita terlupa. Sesungguhnya, Dia mampu buat apa sahaja dengan kuasanya. Kenapa kita masih ragu-ragu bila kita sebenarnya punya Tuhan yang Maha Berkuasa? Pelik kan?
**
Kita sama, kawan. Gagal tu, dah sebati dengan kita. Tapi, berkawan dengan gagal lah, kita mampu kecapi kejayaan. It's worth, when you know you gain a success with your own hard work.
Dan ingatlah, kejayaan akan datang selari dengan usaha. Maka, bbasyah!
Sangat sedih, bila kita cuba jugde orang tu dengan kita tak tau latar belakang orang tu macam mana.
Alhamdulillah. Another happy day Allah gives to us. Stay healthy. Stay calm and dont forget our Lord. :')
Alhamdulillah, dah habis belajar.
Lepas ni practical, dan sambung belajar lagi. inshaAllah
Dan bersedia untuk kegagalan yang akan datang.
So, stop complaining, start praying, put more effort. InshaAllah success is all yours.
So, stop complaining, start praying, put more effort. InshaAllah success is all yours.
2 comments:
;') entry yg sesuai untuk mira sekarang ni ;')
Thanks for sharing, Husna :)
Farah pun ada sekali tu risau sangat, takut gagal satu subjek. Hampir nak drop subject tu, tapi pasal gagahkan diri juga, teruskan saja.
Alhamdulillah, tak gagal.
Post a Comment