Saturday, November 2

Kureng gemar.

Assalamualaikum wrb,

sebenarnya saya kurang gemar dengan quote macam ni,

"harga baju mahal? syurga itu lagi mahal. Tak salah kalau gadai untuk syurga yang mahal"

Ini selalu berlaku dekat orang yang jual online. Memang betul pun awak jual mahal tak termasuk postage lagi, tapi tak perlu la kot kalau tulis sampai macam ni. Sebabnya, kalau fikir balik, macam mana orang yang tak mampu? Syurga untuk orang kaya je ke? Dan nak masuk syurga, bukanlah baju menjadi kayu ukurnya, tetapi keimanan seseorang tu kepada Allah.

Tak salah pun nak jual mahal. Tak salah pun nak promote, tapi bukan macam ni kot caranya. Ada banyak lagi cara. Cuma saya takut ayat macamni orang salah tafsir, sebab saya pernah ditanya oleh seorang adik berkenaan dengan ayat-ayat yang macam ni. Sebab tak semua orang punya sama pemikiran macam si penulis, dan semua orang tak punya duit nak beli barang mahal-mahal. Memang lah membeli baju labuh itu perlu, untuk tutup aurat, tapi sesetengah orang duit tu, mereka lebih perlu untuk benda lain, contohnya barang keperluan hidup. Mana lagi penting, baju atau makanan? 

..
Jadi, bagi mereka yang nak pilih jalan ini, secara jujurnya, jalan ni memang tidak mudah dan ingat! Jalan ini BUKAN untuk orang yang kaya sahaja. Tidak! Jalan ini untuk semua. Ya, saya tau barang yang labuh sekarang ni semua mahal. Hatta tudung, stoking, pun mahal. Jangan khuatir, Allah itu bersama kamu. Teruskan melangkah. He will show you the way :')

Dan buat yang baru nak berubah, dan memerlukan baju yang labuh, tetapi tak berkemampuan hendak beli atas sebab mahal, saya syorkan pakai je baju yang ada sekarang ni. Kalau baju tu atas punggung, beli shawl sepuluh ringgit tu, pakai macam selendang yang letak dipunggung tu. Tapi inshaAllah sekarang baju t-shirt muslimah dah murah, dalam rm18 dah boleh dapat dah, inshaAllah. Kalau nak beli long skirt pun sekarang dah ada yang murah.

Online memang mahal sebabnya online ni terus sampai depan rumah, sebab itu mahal sikit. Jadi, untuk elakkan mahal sangat, keluar la ke kedai secara manual untuk beli barang anda sendiri :) 

Dulu, saya ada buat pre-love tudung bagi yang ingat. Saya memohon seribu kemaafan sebab tak dapat nak pos tudung-tudung tu. Ini kerana umi dah angkut kasi budak yang lebih memerlukan diluar sana. Assif jiddan! Benda ni dah lama nak kasi tau, tapi tak tau macam mana nak kasi tau. Takut pun ada juga T_T InshaAllah, tudung tu pun saya bagi atas niat nama-nama kalian yang hendak kan tudung tu dan ia selamat sampai kepada budak-budak yang lebih memerlukan, inshaAllah. Jadi, saya memohon kemaafan kepada semua atas kecuaian saya sendiri.

Terkadang saya tertanya-tanya, kenapa barang online terkadang mahal dia melebih-lebih pula? 
1. Kos penghantaran
2. Kos baju

Baju blouse sahaja boleh sampai seratus lebih. Tak mahal sangat ke tu? Haritu beli blouse laaaabuh sangat dekat sogo, alhamdulillah tak sampai rm 70 ringgit. Dalam RM 65.90 dan yang lagi satu tu, blouse tak sampai RM 50. Dibahagian ladies tu. Antara yang best nak shopping baju blouse yang labuh :)


Semoga Allah redha atas semua usaha yang kita lakukan.

Ilalliqa'

1 comment:

Farah said...

Ingatkan Farah seorang je perasan. Banyak juga la pakaian online ni yang mahal. Lagi-lagi yang ada title muslimah tu.

Godek dekat internet 3-4 hari, baru jumpa yang murah sikit. Alhamdulillah, jadilah buat bekal dekat sini.