Thursday, November 28

Pendengaranku

"Nak guna alat bantu pendengaran tak?" -Tanya doktor pakar ENT tersebut.

"Tidak. Tidak perlu. Rasanya masih boleh dengar ni." -Balas aku.

Doktor senyum. 

"Betul ni?"

"Betul. Takpe, masih lagi diberi nikmat dengar ni. Alhamdulillah. Walaupun tak macam dulu, tapi dengar juga ni. ehee"

Doktor terus periksa untuk kedua kalinya telinga yang baru sahaja dibedah tiga hari sudah. Dilihat jahitan, dilihat tisu-tisu yang tertampal. Baik semuanya. Alhamdulillah.

"Jangan naik kapal terbang. Berhenti berenang. Jangan naik tempat tinggi. Ok?" -Beritahu doktor pakar tersebut.

"Baik doktor" -Sambil tersenyum tersipu-sipu malu,
Aku bersyukur, doktor ini seorang yang memahami. Walaupun beliau lelaki, tapi penjagaan aurat ku sangat dijaganya. Doktor pakar ENT, SJMC. Lepasan Alex tak silap saya. Mesir la yang pastinya.

"Rasanya telinga kamu ok, inshaAllah. Esok saya datang periksa lagi. Kalau elok, esok boleh keluar dari wad. InshaAllah. Nanti kamu boleh call ayah umi datang ambil, ya?"

Berita gembira! 

"Baik doktor! InshaAllah. Terima kasih doktor"

Beliau tersenyum, dan berlalu pergi dengan jururawat yang setia berada disisi.

Alhamdulillah. Untuk ke berapa kalinya buat pembedahan telinga. Sewaktu 5 tahun, tingkatan 4 dan tingkatan 5. 

..
Sekarang telinga terasa sakit kembali.
Umi minta guna homeopathy, tengok macam mana.
Sebab haritu, sakit gigi terus efek telinga. Tak sangka la pula. Ni gigi dah sembuh, telinga pula yang tak sembuh-sembuh. Kejap ok, kejap tak ok.

Mohon didoakan, semua! 
Moga Allah redha.

^^v

4 comments:

ummiakhyar said...

telinga awak kenapa ye ukhti?

brother selasih said...

moga cepat2 sembuh~ ameen~ =)

Salsabila said...

ummiakhyar,

eardrum memang takde sewaktu lahir, belah kiri. kanan alhamdulillah, baik aje :)

brother selasih,

jkk ^^

Farah said...

Moga cepat sembuh Husna.