Tuesday, April 8

Moga kuat wahai diri

Assalamualaikum wrb.
Saya kalau boleh nak jadi anon untuk dunia luar ni. Boleh tulis apa yang dirasa pada saat ini, boleh buat apa sahaja tanpa ada orang sekeliling nak sibuk cakap pasal kita. Senang cerita, tiada siapa tahu, siapa kita di alam maya ni.

Tak, saya cuma teringin je. Teringin nak luahkan apa yang dirasa(tentang perasaan) ni. Bukan perasan cintan cintun T_T tapi perasaan tentang seorang wanita. 

Entahlah.

Apa yang saya boleh kasi konklusi dengan perasaan sekarang ni, hanya mohon orang sekeliling, faham apa itu perempuan. Tu je.

Bukan suruh faham saya. Suruh faham perempuan. Tu je. Bukan banyak pun. Apa kamu ingat perempuan itu tak cuba untuk faham orang sekeliling dia? Dia terkadang lebih cakna. 

Dan terkadang, orang tak perasan dengan kecaknaan perempuan membuatkan mereka fikir perempuan ni hanya tahu ikut perasaan dia aje. Hanya tahu ikut rasa dia aje, hanya tahu ego dia sahaja. Orang lain tak.

Tidak.

Mereka tak begitu. Sebrutal mana pun dia, percayalah. Dia DICIPTA dari tulang rusuk tu sendiri. Jika kamu kasari dia, dia akan patah. Jika kamu biarkan dia, dia akan bengkok.

Leceh kan? Kasar tak boleh. Biar tak boleh. Itulah uniknya  Allah ciptakan dia, wanita.

Tapi nampak tak? Macam mana pun la brutal dia, dia akan patah juga dengan kasarnya manusia. Sedegil mana pun la dia, dia akan bengkok jika tiada nasihat yang diberikan.

Entahlah. Entahlah.
Saya tengok perempuan sekarang, dengan orang sekeliling dia..entahlah..

Moga Allah redha.

1 comment:

Anonymous said...

hm