Selalunya bismillahirrahmanirrahim ni kita baca masa bila?
Masa nak mulakan sesuatu, kan? Untuk? Untuk nak mulakan sesuatu lah Husna oii. *ok, blur kejap*
Ye, untuk memulakan sesuatu, kita akan mula dengan bismillahirrahmanirrahim kerana inilah norma orang-orang Islam.
Dengan bismillah, aku mula! Dan dengan alhamdulillah, aku mengakhirkan sesuatu benda. Contohnya, makan. Sebelum makan baca bismillah, sebab nanti taknak makan dengan setonnirrajim. Dan lepas makan, kita ucap alhamdulillah, untuk berterima kasih kepada Allah atas nikmat ni.
TAPI, sebenarnya, bismillahirrahmanirrahim ni, adalah untuk kita meminta izin kepada Allah. Kita baca basmallah adalah kerana kita hendak meminta izin kepada Allah buat sesuatu tu. Contohnya seperti,
*letak duit dalam dompet* bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah, aku meminta izin kepadaMu untuk aku letak duit dalam dompet ni.
Macam kita nak keluar rumah. Kita minta izin umi ayah kita nak keluar rumah. Tapi ada ke kita minta izin dengan Allah sepanjang umur hidup kita? Takde. So, sebenarnya, bismillahirrahmanirrahim ni, bila kita ucap lebih kepada kita meminta izin kepada Allah.
Contohnya pakai tudung.
Bismillahirrahmanirrahim.
Ya Allah, izinkan aku pakai tudung ini keranaMu dan banyak lagi.
So, lepasni, rasa-rasa macam jarang sangat nak amalkan ayat ni kerna rasa hanya untuk mulakan sesuatu benda atau perkara, dah boleh tukar perspektif tentang basmallah ni. InshaAllah, kita akan lebih terkesan bila kita dah pasakkan diri kita tentang basmallah adalah untuk minta izin kepada Allah.
Have faith!
May Allah bless you.
Salam alaik.
3 comments:
:) thanx, for the info.
memang sebelum ni ingat untuk mulakan something je. hehe..
Jzkk, ini awesome!
Jzkk, ini awesome!
Post a Comment