Friday, July 11

Ada masa

Ada masa,  ada masa kita rasa mahu berhenti dengan benda yang kita suka lakukan.
Ada masa juga kita seperti ingin menjadi orang yang lain.
Ada masa juga, kita terasa hanya mahu duduk diam diam, dan mengamati alam.
Ada masa juga kita ingin buat benda yang orang lain buat.
Ada masa juga kita terasa mahu mencuba benda yang baru, dan terus menjadi passion diri.
Ada masa, ada masa kita hanya mahu berjalan sendirian tanpa perlu ada mahram disisi.
Ada masa, kita terasa seperti ingin mahu lakukannya tanpa perlu yang membantu.
Tapi, dalam masa-masa yang kita terasa hendak buat, tiada pun masa untuk kita jauh dari Tuhan.


.
Blog ini sudah tiada privasi lagi. 
*menangis*


.
Benda yang sepatutnya aku lafaz cinta, hanya berhenti disetakat itu sahaja. Benda yang sepatutnya aku fikir jadi lebih manis, ianya semua jadi yang suam-suam sahaja.

Sungguh la, kalau aku tidak sayang, aku biarkan sahaja dikau-dikau ini terus terusan dibawah dunia ini. Bukan aku tidak kisah akan dunia, tapi aku tidak mengambil keseluruhannya atas dunia ini. Bukan kini masanya untuk kamu bergurau senda dengan orang-yang-tak-sama-jantina-dengan-kamu. Bukan kini masanya untuk engkau mendapat perhatian-dengan-orang-yang-lain-jantina-dengan-kamu.

Ah, nanti ada juga mulut, 'bajet baik laaa kaau ni!' bila lagi nak bajet baik kalau bukan dekat dunia ni? Tunggu mati kelak baru engkau nak bajet baik? Ya, masa itu, seribu penyesalan pun tiada guna.

*too concern may be hurt yourself*

akur.
itulah. itulah masalah aku.
titik.

syurga itu,
syurga itu bukan tempat orang yang bersenang lenang di dunia.

Apa jaminan yang esoknya engkau masih didunia?
Tiada.

*senyum*

Yuk, berlari. Bersama.
Kerna, kita masih belum terlambat, untuk menjadi yang baik.
Sungguh.

..

2 comments:

Insyirah said...

Husna.....

Faaeinz said...

Lama sungguh tak baca entri kamu husna.. Rasa terkesan sungguh di jiwa.

Selamat Hari Raya Husna!