Sunday, December 14

Alhamdulillah. Selamat.

Alhamdulillah selamat semuanya :)
 
.
Kepala sebelah kananku dicukur sukunya untuk dibedah sedikit dan mengambil tisunya. Dan dijahit dengan 12 jahitan. Boleh la aku katakan jahitannya sangat jarang-jarang sekali, tidak tulus dan rapi, tapi alhamdulillah masih baik keadaannya.
 
Dan telinga kiriku ditutup rapi dengan pembalutnya. InshaAllah yang ini akan dibuka sabtu hadapan. Tak tau macam mana agaknya keadaan telinga kiri ini. Maka, kini aku mendengar dengan sebelah telinga sahaja. Wahaha. Dan selamanya ini memang aku lebih depends dengan telinga disebelah kanan. Bayangkan, doctor kata yang telinga sebelah kanan ni, pendengarannya sungguh baik, dan sangat baik. Kalah lagi pendengaran orang yang telinga normal keduanya. Sepertinya Allah beri telinga kanan ini keistimewaan yang lebih berbanding yang lain. Alhamdulillah. Allah memberi telinga kanan ini sehalus-halusnya pendengaran :')
 
Berbanding dengan telinga kiri, dengar itu dengar. Alhamdulillah cuma tidaklah sekuat telinga yang normal. Kalau normal itu 10/10. Probably telinga kiri ku ini 7/10 :)
 
..
Maka, kepala kiri dan kananku dibalut rapi. Cuma sebelah kanan sudah didressing sebelum discharge. Alhamdulillah. Diri sendiri juga ngeri tengok keadaan kepala kanan yang terjahit dan separuh botak ini T__T
 
Disakat pula oleh banglong yang katanya

"Ni botak terus ni sebelah kanan ni. Mana tumbuh rambut dah yang bahagian kanan ni"
 
Aku terus buat muka. Umi ayah dan Anas terus memujuk.
 
"Apalah kau ni long, tumbuh je rambut tepi-tepi ni semua angah. Jangan risau, cuma sikit je la bahagian yg jahit 12 ni takde rambut. Tapi sikit je"
 
Dipujuk Anas dengan tenangnya. Lalu umi ayah mengganguk dan memberi sebaris senyuman. Ya, aku tahu hakikat sebenarnya :')
 
.
Ketika di wad, jururawat-jururawat disana sangat baik. MashaAllah! Sampaikan aku terlintas niatnya, kalau aku mati begini pun takpe. It worth dying :P betapa baiknya mereka, mashaAllah! Sampaikan  terasa mahu memberi hadiah kepada jururawat-jururawat yang tidak henti-henti menjaga aku :')
 
Sekejap,
 
"Husna, boleh saya masuk?"
"boleh2"
 
"Husna doctor datang ni, awak ready dah? Pakai tudung dah?"
"kejap2, saya pakai tudung"
 
Disebabkan bilik ku seorang, maka mereka sepertinya sangat menjaga privasi aku dan juga aurat aku. Mereka juga akan menarik langsir dan tutup setutupnya untuk aku selesa didalam wad :')
 
Tapi waktu malam semalam, aku dijaga oleh jururawat lelaki. Entah kenapa, sepatutnya jururawat lelaki tidak dibenarkan masuk disana, tapi entah. Takde jururawat dah kut. Ke apa entah, aku juga tidak tahu. Tapi yang aku salutenya dia adalah, setiap kali hendak masuk bilik dia akan mengetuk pintu, dan bertanyakan

"Husna, saya nak masuk. Boleh?"

Saya dengan gabranya sebab terkejut suara lelaki terus mencapai tudung dan selubung di dalam selimut.

"Ya, boleh2"
 
Dimasuknya jururawat tersebut dan menjalankan tugas. Dia juga memberitahu bahawasanya dia yang akan jaga aku untuk malam ini.
 
"Kalau ada apa-apa, tekan button merah. Saya datang ya. Tapi sebelum tu saya nak minta maaf, saya akan jaga cik Husna malam ni"
 
Katanya. Dan dia juga memberitahu waktu-waktu yang akan dimasuknya. Alhamdulillah :) Maka malam itu aku tidur memakai tudung. Dan berselimut-selimutnya satu badan.
 
Dia juga mengejut aku subuh, T__T selepas diberinya aku ubat antibiotik dan ubat tidur melalui drip ditangan dia terus keluar bilik. Tak sedar bila tertidur T__T Sedar-sedar dah pukul 6. Air drip di tangan juga sudah bergantian baru.
 
Yang kelakarnya,
 
"Husna. Husna. Bangun subuh. Sudah pukul 6. Saya nak beri ubat antibiotik dan ubat pain killer untuk awak." Dengan pasrahnya aku menghulurkan tangan untuk diberi ubat disitu T_T

Yang peliknya, takde pun jururawat perempuan kejutkan aku malam sebelumnya T_T
Takpelah, orangnya baik. Lepas jururawat tu keluar, aku dengan berdrip bagai ke bilik air dan menunaikan solat subuh. Tapi aku mampu menghormati waktu sahaja. Sobs.

Kerna, kepalaku (rambutku) dipenuhi darah yang subhanallah, banyak sangaaaat. Sudah beku! Doctor juga ada beritahu yang darah memang banyak keluar waktu bedah dikepala. Jadi, rambut  dipenuhi darah. Disuruhnya basuh sebelum balik supaya boleh solat semua T_T

Dan alhamdulillah untuk semua-semua ini ummilah yang paling aku ingin berterima kasih sekali :') Tiada ummi, tidak tahulah apa jadi dekat aku ni. Rambut ini juga umi yang basuhkan. Shampookan, keringkan. Semuanya ummi. Buatkan bubur lambuk. Buatkan air vico, buatkan nasi dagang. Subhanallah, maha suci Allah. Hebatnya beliau :')

Tidak tahu bagaimana ingin membalas jasa. Hanya mampu menjadi anak yang solehah, dan mendoakan mereka berdua untuk terus dihindari dari api neraka dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Entah lah aku kelak menjadi ummi yang bagaimana T_T
 
.
Sebelum masuk ke dewan bedah, sebelah katil aku adalah seorang perempuan cina yang tengah preggy. Dikira dia operate untuk bersalin. Maka, aku berborak dengan beliau. Katanya dia takut kerna chances untuk both still alive, tidak tinggi. Sama ada anak hidup, mak mati atau mak hidup, anak mati. Dan katanya, biarlah dia mati dan anak yang hidup. Kerna itu adalah anak pertama mereka dan semua orang sedang menanti-nantikan anak ini keluar melihat dunia. Aku seakan-akan terdiam. Kenapalah emak-emak begitu sifatnya? Kenapa lah emak-emak itu baik sekali sifatnya? Mereka ini sepertinya malaikat-malaikat yang Allah turunkan ke dunia tanpa siapa yang sedar. Allah~

Aku membalas senyuman dan mengatakan yang beliau sangat hebat dan kuat. Sentiasa berharap pada Tuhan. Tuhan akan bantu semuanya. Dan sewaktu aku kata "saya doakan sangat supaya akak dengan anak akak dua-dua selamat dijaga Tuhan" dia terus menangis. Sampaikan doctor bius yang datang dekat situ memandang aku dengan serongnya T_T aduhai. Kuatlah kak..
 
Dan gembiranya, keduanya selamat. Alhamdulillah! Aku sangat gembira waktu tu. Kerna waktu sudah bersalin tu, aku masih diatas katil, menunggu dibawa masuk ke dewan pembedahan. Anaknya perempuan. Kuat sangat melalak :P sewaktu emaknya keluar, dipandangnya aku dan diberi senyuman seraya memberi anggukan kecil sambil terkumat kamit mulutnya, yang aku dapat tangkap berjaya sahaja. Mungkin semoga berjaya :) Aku senyum aja sepanjangnya. Sambil tertidur sebentar menunggu bila ingin dibawa masuk T_T

Sejam selepas itu baru aku dibawa masuk. Dan the rest is history.
 
.
Banyak benda yang dibelajar. Supaya terus-terusan bertawakal kepada Allah :') Kerna dengan kudrat kita? Alahai, kudrat pun tidak mampu dan terdaya. Kudrat ini hanya sedikit sahaja yang diberi Allah pada kita. Dan yang lainnya, semuanya pergantungan kita kepada Allah swt :') Terus-terusanlah berpegang pada tali-tali Allah. Kelak bila jatuh, yang bangkitkan kita juga Allah.
 
Allah juga mengajarku erti kesabaran yang sangat tinggi. Subhanallah! Moga boleh dipraktikan selepas ini. Amiin!
 
 Masih memerlukan doa kalian supaya pembedahan ini yang terakhirnya. Kalau ikutkan ini sudah 4 kali pembedahan. Huu. Cuma ini paling teruk kot bila dah dibedah sekali kepala-kepala. Huu. Moga Allah berkati kalian dan diri.

3 comments:

Akhi. said...

Moga Allah terus kurniakan kebaikan dan kekuatan kepada anda!

Dahulu Allah kurniakan anda telinga kanan sebagai bekalan amal-amal sebelum ini.

Kini Allah jadikan kedua-duanya sama hebat malah lebih hebat.

InsyaAllah ini adalah kerana anda ditakdirkan untuk semakin rancak berbakti kepada Ummah selepas ini.

:D

Cik_Shiqah said...

Cepat sembuh kak husna. amin! :)

puteri said...

kak husna sakit apaaa ?