Monday, December 15

Puisi Bunda bawah ni

Semalam saya bacakannya kepada Ummi. Entah apa yang membuatkan saya ingin membacakan kepada beliau pun saya tidak tahu.
 
"Umi, dengar ni. Puisi untuk ummi by Tere Liye"

Umi tersenyum bahagia.

"Ok, baca. Umi nak dengar"
 
Maka, saya pun baca dengan perlahan dan baiknya? Mungkin. Entah, saat saya mula ingin sebak dengan bait-bait kata, saat saya mengangkat kepala ingin melihat umi dihadapan muka (sebenarnya tak berani angkat kepala sebab takut umi nampak mataku yang sudah bertakung) ummi rupayana terlebih lagi dihanyut perasaan.
 
Saya membaca sambil menatap ummi dihadapan. Ummi menutup mukanya dengan tudungnya. Ya Allah, apalah aku buat ni?
 
Sambil-sambil itu, saya seka air mata yang sempat jatuh ke pipi. Sesudah habis membaca, saya kaku entah tak tau mahu buat apa.
 
Lalu, saya ke ummi dan meminta maaf. Apa yang dibalas ummi, langsung aku tidak mengerti.
 
"Moga angah nanti, menjadi seorang bunda yang baik sekali untuk anak-anaknya. Maafkan ummi ya"
 
Lalu ummi pergi terus kehadapan dan meninggalkan diriku ini terpinga-pinga ditengah-tengah jalan.
 
Oh ya, saya bacakan ini ketika berjogging di Putrajaya. Masa ni memang takde orang. Dan langsung hanya kami berdua. Dan jangan tanya kenapa saya membaca sewaktu berjogging. Saya juga tidak punya jawapan.
 
Saya duduk lama disitu. Lalu dapat mesej daripada ayah katanya,
 
"Ayah tunggu ditempat makan biasa"
 
Saya akur. Berjalan perlahan-lahan dan membaca semula kata-kata Tere Liye. Ya Allah, seorang ibu itu sememangnya kuat luar dan dalamanya. Kan? Tak tau mahu menyesal atau mahu berterima kasih, atau mahu bergembira atau apa. Semuanya bercampur baur.
 
Dalam seumur hidup, pernah 2 kali saya membacakan kepada Ummi dan dua-duanya gagal. Akhinya umi menangis, memelukku dan membawa diri.

Entahlah apa yang sedang bermain dikepala ku ini.

2 comments:

diyanaazhar said...

kak husnaaa :)

mesti mendalamkan maksud puisi tu .
teringin jumpa umi kak husna :)

diyanaazhar said...

kak husnaaa :)

mesti mendalamkan maksud puisi tu .
teringin jumpa umi kak husna :)