Selepas ditolaknya cinta Widad, Jannah tidak berani untuk melihat telefon, Email, Blog, Facebook, dan apa sahaja yang boleh dilihatnya.
Entah. Dia juga tidak tahu kenapa. Takut. Takut sekali untuk dia buka semuanya kalau-kalau ternampak post atau apa-apa sahaja dari Widad. Takut sahaja dilabel perempuan jahat, perempuan penipu, perempuan jahanam, perempuan gila, perempuan yang mainkan perasaan dan macam-macam lagi. Takut sahaja kata-kata itu dibaca. Sedangkan hati masih lagi berharap. Sedangkan hati masih lagi percaya.
Lama dia membawa diri. Ramai juga yang datang dan pergi. Dan dalam dia mencari diri, ramai pula yang fikir si Jannah ni sudah bertunang, atau sudah diikat kembali selepas putusnya dia dengan si Widad. Tapi apakan daya, dia dan keluarganya lebih mengenali diri. Kebanyakan yang terjadi tanpa pengetahuan si Jannah. Semuanya antara Mama dan Papa. Mama kata, ada yang datang hendak merisik, tapi entah apa dugaan, Allah masukkan kamu di dalam wad, dan mereka diam sahaja. Ada juga yang datang ingin berjumpa Mama dan Papa, tapi halangan kita ke luar negara, maka terus tidak jadi. Seolah-olah Allah sedang mengajar sesuatu. Seolah-olah Allah sedang ingin tunjuk seuatu. Bersabarlah..
Sehinggakan Mama dan Papa Jannah membuat keputusan untuk menerima sesiapa sahaja yang masuk meminang selepas ini.
Sehinggakan Mama dan Papa Jannah membuat keputusan untuk menerima sesiapa sahaja yang masuk meminang selepas ini.
Doa Jannah, supaya tiada sesiapalah yang datang untuk masuk minang buat masa ini. Iya, dia sedar kini dia sudah berumur 27 tahun. Tapi masih ragu dan mahu dalam soal jodoh. Masih samar-samar dalam soal ini.
Jannah hanya mampu diam sahaja. Tiap kali doanya biarlah tiada siapa-siapa yang masuk. Pedih yang dulu juga belum pulih. Inikan pula ingin yang baru. Penat dia menjadi pungguk. Yang senantiasa rindukan bulan. Tidaklah dia seorang yang menipu mahupun seorang yang jahat. Tidaklah dia seorang yang bermain dibelakang, mahupun seorang yang gilakan bayang.
Cukuplah untuk orang percaya bahawasanya selama dia setia, tiada siapa yang mempeduli. Sepertinya, dia sedang setia kerna apa? Dia juga buntu. Sepucuk emel seperti tidak membawa apa-apa makna selepasnya hilang begitu. Lagi.
Jannah didalam dilema antara terus dan berhenti. Sepertinya Mama dan Papa berat suruh menunggu sahaja sehingga tiba saatnya. Tapi menunggu sampai kapan bila? Sepertinya diam sahaja bumi dan isinya.
Dan akhirnya, dia mengambil langkah untuk berhenti di jalan ini. Payahnya, Allah sahaja yang tahu. Jannah lebih banyak "avoid and excuse" daripada "truth and matter". Mungkin itulah silapnya. Kebetulan ada pula adegan pelik-pelik yang bertandang. Lagi lah menyesakkan jiwanya.
Dengan soalan yang bertubi. Dengan fikiran yang langsung tidak waras. Dengan nenek yang sakit. Ujian yang segalanya pada satu hari yang tidak disangka begitu.
Jannah terus menghilangkan diri dari Widad tanpa apa-apa kata. "Maafkan aku, Widad. Moga kau ketemu yang lebih baik kelak." Kata hati kecilnya.
Diblocknya dari segala segi. Dideletenya semua. Lalu mencari diri. Ditravelnya ke 3-4 buah negara dalam setahun. Berharap ketemu diri. Walau tidak semuanya tapi sikit yang dijumpanya. Itu sudah memadai. Tidak dicerita oleh sesiapa. Orang tuanya berharap Jan sudah membuat keputusan yang betul. Mama seperti keberatan. Macam-macam gaya dipujuknya, Jan pula mendiam seribu bahasa. Terkadang, dia mereka-reka cerita yang entah apa-apa untuk Mamanya supaya tidak menceritakan tentang Widad, lagi.
Tahun bergantian.
Sedar tak sedar, kini Jannah sudah berusia 29 tahun. Setahun lebih berlalu dengan kisah Widadnya. Tetapi, hampir ia ingin melupakan, saat itu jugalah datangnya manusia-manusia yang membuatkan dia lantas ingat tentang Widad. Aduh. Apa benda ni? Bentak hatinya. Bukankah saat ingin melupakan, dan membawa lembar baru adalah saat yang sepatutnya indah sekali? Kenapa begini pula jadinya? Pada awalnya ia tidak endahkan segalanya. Mungkin ini permainan setonirrojim. Ini permainan malaun-malaun yang jahat sekali. Dia kuatkan diri untuk tidaklah terus terhanyut dengan perkara-perkara aneh yang terjadi pada dirinya.
Jannah bingung. Diceritakan kepada Mamanya tentang perkara-perkara aneh yang berlaku. Mamanya tersenyum. Entah-entah Jannah rindukan Widad tak? Jannah tidak endahkan kata Mamanya. Lantas bangun, dan terus menaip emel kepada Widad. Untuk meminta maaf atas segalanya yang pernah berlaku. Untuk segalanya.
Dulu, Mama dan Papa ada mengingatkan supaya ditulis emel kepada Widad tanda kemaafan. Tetapi Jannah tidak berani. Takut-takut dimarahi oleh si Widad. Sampaikan dia terfikir, kalau Widad lelaki yang baik, tidak mungkin dia akan berbuat begitu? Tapi apakah daya. Emosinya lebih mengatasi segala. Setahun kemudian, baru ditulis emel tanda kemaafan.
Ergh. Sampai Jannah juga buntu. Apa sebenarnya yang dia inginkan? Tidak matangkah diri? Atau tidak sediakah diri? Atau apa?
"kadang aku juga buntu
antara cinta dan permainan
antara dusta dan keikhlasan
maka, maafkan aku
untuk rasa yang tidak pasti"
Jannah aktif menulis di buku-buku notanya. Setelah hampir berapa lama dia berhenti dari menulis. Setelah hampir berapa lama dia berhenti dengan aktiviti-aktiviti di laman sosialnya. Sibuk menelaah ilmu. Sibuk mencari pengalaman. Sibuk mencari rezeki. Berharap semuanya seperti sedia kala. Berharap semuanya hanya mimpi-mimpi tidur. Berharap semua hanyalah debu-debu yang bakal pergi. Tapi apakan daya, realiti tetap dengan realitinya. Tidak boleh diubah menjadi mimpi. Tidak boleh diubah menjadi fantasi.
Jannah mengeluh. Puas dia menangis untuk petunjuk dan bebas dari sangkar rasa. Puas dia menjadi kuat untuk perkara yang dipanggil permainan hati.
Akhirnya, dia sedar. Dia tidak perlu menyesakkan kepala memikirkan ini semua. Kerna akhirnya, jodoh itu tetap milik Tuhan. Usahanya, usahanya berhenti ditakat ini. Biarlah diusaha dengan beribadah kepada Tuhan. Kerna ummah, lebih tenat untuk difikirkan, berbanding jodoh yang entah kapan mahu habis. Entah-entah berjodohkan dengan kubur itu lebih hampir sehampir urat nadi berbanding jodoh dengan manusia dan duniawi. Kerna cintaNya itu cukup, untuk semua hambaNya miliki.
Untuk keseribu kalinya, maafkan Jannah, untuk semuanya yang berlaku. Itu yang termampu diucapkan. Dan dilafazkan. Yang tiada siapa pun terdengarkan. Diseka air yang mengalir dihujung pipinya. Ya, untuk terakhir kalinya, maafkan Jannah untuk apa yang terjadi. Dibuka al-Quran. Kerna dia tahu disitu dia bertemu jawapan.
Saat pertama kali tentangan mata,
ku percaya inilah imam yang bakal membawaku ke syurga,
saat melangkah pergi,
aku tetap percaya dialah imam yang harus aku ikuti.
Cuma hanya kerna rasa, dan emosi.
Patah segalanya.
Nama lelaki dan perempuan bukan nama sebenar ye. Itu nama anak murid dan adik sendiri(adik yang ditarik Ilahi)
Hah, nah. Adaptasi oleh cerita cinta seorang rakan(sister).
Selamatlah semua.
Dan masa, tak kan berpatah balik mengikut rasa.
Dan yang dibuang, tak kan berpatah balik untuk mengutip.
Melainkan,
yang mengutip itu, diri sendiri. Untuk dibaiki menjadi yang lebih baik, kelak.
Kamu rasa perempuan itu kuat? Ganas? Ironlady? Hulk? Konkrit? Er, cuba pukul dia sikit. Konfem nangis. Maka, faham lah maksud saya berkenaan perempuan itu kan? Tapi kalau negro pukul, dia bukak langkah, mau lari juga negro tu ^^,
Ok, dah boleh fokus benda lain ya Husna.
Uje dah mahu tukar universitas di Madinah.
Anas pula baru habis SMA. Tahun depan SPM.
Kakaknya pula sudah mahu fly.
Abangnya pula sudah mahu ingin kawin.
Si Muaz? Sudah mahu berganjak darjah 5. < dia ni je la kalau nak sakat bagai nak rak pun ^^,
Salam kasih sayang.
Pernah baca buku bagaimana Rasulullah SAW terhadap wanita? Serius, perlu baca. Perlu cari buku berkanaannya. Kerna, kamu akan jatuh cinta berjuta-juta ribu trillion infiniti kali kepada Rasul Allah. Mana tidak Aisyah ra cemburukan Khadijah ra :') Allahumma solli ala Muhammad!
4 comments:
husna ka yg nak fly?
NurShahirah,
inshaAllah. Sambung belajar. Hehe. Doakan! Tp kalau dapat tawaran dalam Msia bagus jugak. Haha. Doakan yg ni jugak :p
-tuanblogmalaslogin-
Tak ada sambungan jannah 2 ke? Kenapa jannah tolak widad? Widad buat apa sekarang?
Jannah 2? Takde kot.
Kenapa dan buat apa?
Entah.
Post a Comment