Friday, March 13

Mengajar di tadika

Dulu, seawal waktu berada di tadika, saya mengalami stress yang agak teruk. Bukan agak, tetapi sangat teruk. Sebulan hampir 2-3 kali saya dijangkiti virus demam dan selsema. Buat pertama kalinya mungkin seumur hidup yang hingga kini, saya mengalami selsema yang berpanjangan, hampir sebulan lebih. Kalau selsema yang meleleh takpa lagi. Tapi kalau selsema yang meleleh dan tersumbat, bayangkan? Nak nafas guna mulut tu, memang satu kesakitan. Cepat mengah dan letih. Sehari terkadang hampir dua kotak tisu kecil yang isinya 50 helai habis diguna saya. Mahu 100 helai juga saya guna dalam masa sehari. Memang bulan membeli tisu. Allahu musta'an. Semuanya ada hikmah kan. Takde benda yang terjadi saja-saja. Takde benda yang terjadi tersilap caturanNya.
 
Hampir juga saya ahu berhenti. Cuti 4 hari kerna selsema yang teruk dan demam yang tiada penyudahnya ketika itu. Risau dengan anak kecil yang berjangkit dengan guru. Risau anak kecil yang antibodinya tidak kuat. Risau anak kecil tidak dapat manfaat apa-apa dari guru. Kerna saya diberi tugas mengajar 4 tahun. Bayangkan, saya langsung tidak tahu apa yang hendak saya buat? Ajar apa? Pegang pensel pun mereka tidak tahu. Pakai seluar selepas ke toilet apatah lagi. Menyebut nama sendiri juga ada segelintir dari mereka tidak tahu. Jadi, saya hampir berputus asa. Putus asa dengan diri sendiri yang langsung tidak dapat memberi manfaat yang baik buat anak-anak ini.
 
Hampir setiap hari juga menangis. Haha. Balik sekolah, menangis. Saya jadi trauma nak jumpa budak-budak ni. Entah kenapa. Risau kalau nanti diorang tak tau pegang pensel. Cikgu tak ajar. Risau kalau diorang tak kenal Tuhan dan Nabi Muhammad itu siapa. Risau juga kalau diorang tak tau pakai seluar sendiri. Tak tau beratur nak amik makan sendiri waktu rehat. Risau macam mana diorang nak mingle dengan budak 5 dan 6 tahun. Saya risau. Sampaikan satu masa, saya tekad, mahu berhenti sahaja jadi guru tadika dan duduk dirumah, mengemas rumah, memasak, menyidai baju dan lain-lain. Saya tak sakitkan hati anak-anak ini dan juga ibubapa.
 
Sampailah satu masa, saya menerima whatsapp dari umi dan seorang kakak yang mengajar sekali disitu. Datang memberi support.
 
"Jangan paksa diri untuk deliver semua benda dekat anak-anak kecil ni. Kita ajar mana yang kita mampu dan kita rasa diorang mampu juga untuk menerima. Tak perlu risau tentang 1 2 3 dan alif ba ta. Main pun dah memadai. Ibu ayah taknak tengok pun anak diorang tu pandai  abc ke tak, cuma diorang nak exposed anak-anak diorang ni dengan orang luar. Tengok dunia luar. Berkawan.  Berdikari. Jadi, jangan push diri fikir lepasni nak ajar apa. Nak buat apa atau apa yang perlu budak-budak ni tahu by the end of the year. InshaAllah tak perlu. Kita ajar ngaji dekat anak-anak tu pun dikira mengajar apa kan Husna!"
 
Saya senyum. Ya, saya mengerti.
 
"Budak 4 tahun ni, senang je. Layan dia. Dia akan absorb cepat sangat. Ajar 1 2 3 ulang 2 3 kali dah boleh serap. Diorang ni mcm span. Lagi banyak kita bagi kasih sayang, lagi cepat dia serap dan belajar!"
 
Betul :')
 
Haritu ajar budak-budak lagu anak nabi kita ada 7 oranggggg, tak sangka ulang dalam a week je. Minggu depan tu semua dah tahu lagu tu dan siap gayanya! Comel! :')
 
Ya, dan sejak itu juga saya ubah niat kenapa datang ke tadika. Bukan untuk mengajar, tapi untuk memberi kasih sayang dan menerima kasih sayang dari budak-budak ni :')
 
Alhamdulillah, sekarang tak rasa stress dah nak gi tadika T_T  entahlah. harapnya ia normal untuk rasa sebegitu. Anak-anak ni serius comel sangat :')
 
 Kadang, bahasa diorang yang faham hanya kita. Rasa special tu lain macam sikit. Haha. Kadang-kadang, dia nak dengan kita je, pun rasa special tu lain macam sikit. Lagi-lagi Abrar dan Shaza. Suka sangat nyendeng. Sampaikan, kakak-kakak ni cakap abis la nanti nak sambung belajar. Budak-budak ni dah takde dah dengan cikgu kesayangan dia dah :')
Hanya  mampu tersenyum.

Ya, lama-lama kita jatuh cinta dengan budak-budak ni. Dan saya lebih kenal diri saya sejak tu ; saya ambil masa untuk adapt dengan students. Saya juga sedar yang saya sepertinya mahu perfect dalam mengajar. Contohnya, kalau target saya nak budak pandai pegang pensel dalam sebulan, ha mulalah saya fokus lebih dekat tu je sampai budak budak tu pandai pegang pensel. Padehal benda tu adalah satu proses pembelajaran yang boleh dikatakan panjang juga makannya. Bukannya seminggu-sebulan budak dah terus pandai pegang pensel, dan pandai warna. By the time Allah cakap Kun, benda tu akan terjadi juga. Bukan kerna kita ajar, terus jadi. Tapi kerna Dia. Usaha kita? Kita tahu ke usaha kita tu dah cukup untuk Allah makbulkan? Bukan kita ajar pegang bola dalam seminggu dua, kita nak expect budak dah terer main bola dalam waktu singkat tu. Haih. Ya, banyak yang saya belajar.  Alhamdulillah.

Take it easy, Husna.

Dan kudos untuk semua cikgu-cikgu diseluruh dunia. Sungguh. Saat ibubapa meletakkan kepercayaan diorang dekat kita, saat itu juga kita tahu kita sedang punya tanggungjawab yang tinggi.

.
Masih teringat lagi saat anak murid yang baru kencing berdiri. Terkejut saya dibuatnya.

"Eh, Ash! Mana boleh kencing berdiri. Ash kena duduk"
"Ash kat umah kencing diri. Boleeeh"
"Tak boleh! Nanti kencing dengan setan baru tau. Dia jilat2 air kencing ni nanti. Eeee geli"

Terus dia duduk dan-dan tu juga. Haha. Comel! Dan alhamdulillah, sejak tu tak pernah nampak dia kencing berdiri, daaaaan ibunya datang mengucapkan terima kasih. Sebab selama ni cakap takmo kencing diri, tapi dia tetap nak kencing diri. Sebab nampak abang dia kencing diri dekat shopping mall. Ni, sekarang ni, dia dok cakap dekat abang dia jangan kencing diri, nanti setan jilat.

hahaha. kelakar.

Dan ya, kalau yang tanya, apa yang buat saya masih kekal di medan ini, adalah kerna ini. Senyuman-senyuman keikhlasan ini. Senyuman anak-anak, senyuman ibubapa.

Saya palinggg suka jaga gate waktu balik. Sebab, bila tengok muka ibubapa ni amik anak dia, tunggu depan pagar yang panas-panas tu, waktu kerut-kerut tu, tapi bila nampak anak-anak dia, dia terus senyum lebar.... Ya Allah, priceless punya feeling! Tak tau nak cakap macam mana dia punya priceless dia tu. Subhanallah! :')

Dan itu, buat saya lebih kuat untuk stay dekat tadika walau dapat sekolah dekat Shah Alam untuk jadi guru bahasa Inggeris lagi. Yela, dah major bahasa Inggeris. Takkan jadi cikgu Bahasa Arab pulak kan. Eh, tapi kalau cikgu ni, kadang KPM bagi bantai-bantai je ikut bukan subject kita T_T antara cabaran menjadi guru. Biasalah tu~ tak termasuk kerja admin dan lain-lain. Astaghfirullah. Ke situ pula saya T_T *tutup case*

Bersyukur, umi panggil untuk jadi cikgu sementara dekat tadika umi tu. Umi tengah cari orang yang boleh fulltime. Tapi masih tak jumpa-jumpa. Saya pun dok tolong Umi cari. Tapi takde rezeki lagi.

Eh, tadika tu nama as-syifaa. Umi tu mak saya. Kah3. Bukan tadika ummi as in umi tu nama tadika tu. Tak tak.

.
Moga hebat la masing-masing.
Oh ya, jangan lupa beli buku sulung saya :D
kbai.

Salam.

2 comments:

Sya said...

O.O wahh jadi ckg tadika.. Saya ni jenis tak rapat sgt dgn budak2, lebih suka memerhati diorg dri jauh je..

mujahiddah~~ said...

salam alaik..buku ap husna?^_^
da dpt baucer buku ni..bole la beli..haha