Sunday, April 7

Antara ayat yang punya kuasa.

Ayat yang punya kuasa.
hanya baca "bissmillahirrahmannirrahim" -in the name of Allah the Most Beneficent and the Most Merciful, semuanya akan berubah!

Dulu, tak pernah pun buat ayat ini sebagai amalan. Tapi bila Umi kasi tahu, bismillah tu jadikan amalan harian. Apa-apa bismillah, nanti angah boleh nampak keajaiban sesuatu benda.

Indeed. Memang sangat benar. Bila sesuatu perkara yang saya buat tanpa didahului dengan bismillah, mesti benda tu tak jadi. Tapi bila dimulai dengan bismillah, satu kali cuba dah boleh terus jadi. Allah~ Allah~

Pernah satu ketika, saya terkunci dari luar, tapi tingkap buka. Kunci di atas meja. Entah la apa didalam kepala, maka saya ambil kayu mop, depannya saya kopakkan hanger besi umi tu supaya jadi seperti penyangkuk yang lebih releven la. Ini cuba nasib orang kata, tapi dengan adanya ayat yang begitu mustajab, saya dapat mencapai kunci dengan hanya satu percubaan. Fuh! Time tu terus sujud syukur. Masuk rumah, jerit-jerit puji diri sendiri, betapa hebatnya diri =.=

Pernah juga, bila buka pintu kereta tak boleh-boleh. Umi dari belakang terus, bismillah tak ni?! Saya tersenyum kambing. Belum umi. Terus, bismillah dimulakan, alhamdulillah alhamdulillah, kereta dibuka dengan jayanya.


Ada sebuah cerita, (rasanya macam ramai dah tahu cerita ni, tapi takpe. Kita share2 inshaAllah) yang isterinya seorang yang membuat bismillah sebagai doa harian. Apa-apa bismillah, ini bismillah, itu bismillah sampaikan suaminya marah dan tak suka. Kata semuanya, pergilah awak dengan bismillah awak tu. Si isteri hanya mampu tersenyum kepada suaminya. 


Pada satu hari, si isteri menyimpan duit simpanan yang agak banyak di dalam almarinya yang ditimpa pakaian-pakaian. Sebelum ingin meletakkan duit, si isteri membaca bismillah dahulu. Si suami perhati dari jauh. Tidak lama kemudian, si suami mengambil duit si isteri, dan menyorokkan di tempat lain. Pada malamnya, si suami mengajak isteri ke bank untuk disimpan duitnya. Si suami hanya memerhati dari jauh dan tersenyum-senyum. Kononnya nak kernakan si isteri, jangan asyik dengan bismillah tu je. Bukan boleh buat apa-apa pun. Si isteri memasuki bilik untuk mengambil duit, dimulakan dengan bismillah juga, tahu apa jadi? Duit yang disorok oleh suami tu, ada di dalam almari tersebut. Si suami terkejut. Si suami ceritakan perihal yang sebenar kepada si isteri.Si isteri juga terkejut. Sejak dari kes itu, suaminya juga memulakan segala benda yang dilakukan dengan bismillah. 

Bukan susah pun nak sebut. Benda simple. Satu ayat je. So, lepasni boleh la kita semua jadikan ayat bismillah ini sebagai amalan harian, inshaAllah! Bila dah bismillah, penutupnya jangan lupa. Alhamdulillah :)

Semoga Allah Redha!

3 comments:

fathiahRAIHANA said...

uish tak penah dengar lagi cerita suami isteri tu haha.

tapi betul la, saya pun ada pengalaman sendiri betapa ajaibnya basmallah tu ^^

twinkle twinkle said...

menariknya cerita suami isteri tu :)

Rawrha Illipe said...

Allah ~ Terkejutnya baca cerita ni. Serious, lepas ni kena mula semua benda dengan bismillah :)