Assalamualaikum wrb,
Alhamdulillah, praises be to Allah for all the nikmah that He gave to me, us. Secara jujurnya, ayat yang didalam surah ar-rahman yang diulang sebanyak 31 kali, iaitu fa-biayyi alaa'i Rabbi kuma tukadzdzi ban, adalah untuk hamba-hambaNya supaya senantiasa bersyukur atas nikmat-nimkat yang diberikan olehNya :')
..
Alhamdulillah dah 6 minggu berpraktikal dan berbaki 6 minggu lagi. Sebulan lebih lagi, inshaAllah. Dekat sini saya belajar banyak benda. Terlampau banyak benda. I learned a lot with these students especially my students. Standard 3.
Kalau diberi pilihan darjah 3 dan tingkatan 3, I choose standard 3 :')
Ayah selalu pesan,
"sentiasa bagitahu pelajar, bahawasanya tugas pelajar ialah mendengar kata guru dan belajar, manakala tugas guru ialah menyayangi pelajar."
:')
Menyayangi pelajar. Bukan sayang JE. Tapi sayang tu boleh diterjemahkan dalam banyak benda. Antaranya mengajar dengan penuh semangat, tanda sayang. Mengajar dengan ikhlas, tanda sayang, mengajar dengan gembira, tanda sayang, mengajar dengan sepenuh hati, tanda sayang, membuat pelajar suka akan sesuatu pelajaran, tanda sayang, pandai menarik minat pelajar, tanda sayang, membuatkan pelajar sayang dan hormat kita, tanda sayang dan banyak lagi.
Dengan ayat ni, saya tak tau la kalau anak murid saya rasa apa dengan ayat ni, tapi saat pertama kali masuk kelas dengan sekarang sangat berbeza. Yang lelaki bertambah rajin dan manja(?) dan yang perempuan dengan keperempuanan mereka. Pelajar lelaki kalau boleh, nak duduk satu meja dengan cikgu! Tanak duduk tempat masing-masing. Kalau boleh cikgu ajar tengok dia je, jangan tengok orang lain! T.T
Tapi takde la sampai saya nak buat dekat setiap pelajar lelaki macam tu. Tak mampu saya. Takut nanti, orang ni jeles. "Ticer, why dia boleh duduk depan, saya tak boleh" Dah terlampau banyak sangat soalan macam ni yang saya dengar. Sampai tak tau nak buat ape T.T
But, alhamdulillah, Allah gave me such a wonderful ayah and umi. Ayah suruh renew niat pelajar-pelajar ni setiap kali datang sekolah.
Tapi haritu baru saya buat. Lupa punya pasal. Saya tanya pelajar saya kenapa datang sekolah? Rata-rata menjawab sebab ilmu, sebab nak belajar, sebab nak jumpa kawan. Tapi bila dah bermain satu game tentang renew niat, semua pelajar nak renew niat, datang sekolah kerana Allah. MashaAllah!
Apa yang hebatnya lepastu, pelajar ni behave sangat, takde dah berebut nak duduk dekat meja cikgu. Apa yang saya ajar pada haritu, takde sorang pun yang tak faham. Bila disoal setiap seorang, semua boleh jawab! Maha Suci Allah yang membuat semuanya terjadi! :')
Saya pun terkejut. Sebabnya ajar grammar selalu budak lambat sikit tangkap. Lagi-lagi kelas yang saya ajar, kebanyakan cikgu kata, ni kelas ke dua tercorot ni. Jaga-jaga la ya. Saya rasa, saya tak perlu banyak berjaga-jaga. Kerna mereka semua awesome! Superb, mashaAllah!
Bayangkan, pelajar yang suruh dijaga la pelajar yang paling bijak sekali! Ada dua pelajar yang saya selalu diingatkan untuk berjaga-jaga. Bila saya tukar tempat dua pelajar ni dihadapan, mashaAllah! mashaAllah! Dua pelajar yang sangat hebat! Disaat semua orang blur, mereka berdua faham. Disaat semua pelajar tak tau macam mana nak buat, mereka dua orang tahu. Bayangkan? Tak tau macam mana cikgu boleh kata, jaga-jaga dengan budak dua orang ni, nakal, degil! Macam mana la untuk darjah 3, boleh dilabelkan nakal dan degil? Sedangkan awak tak pernah nak explore diorang tu macam mana. Dan macam mana la awak boleh kategorikan diorang ni paling tercorot bila apa yang awak lihat hanyalah prestasi yang di dalam sehelai kertas? Dan macam mana lah awak nak kenal diorang ni, kalau apa yang awak dah pasak dekat kelas tercorot ni, hanyalah budak bodoh yang tak mahu belajar lagi? How come? They just in standard 3. A lot to learn. A lot to play with. A lot to know with.
Rabiatul Adawiyah, paling pendiam kata cikgu-cikgu ni. Bayangkan, di kelas saya, dia paling banyak bercakap! Dia paling suka nak jawab soalan, dia paling "gila" dengan kerja-kerja rumah yang diberi. Macam mana la? Ya, pada mulanya saya nampak Rabiatul ni pendiam je. Tak dilayannya saya. Tapi bila kita kasi extra sikit je attention dekat dia, saya jamin dia adalah pelajar yang paling outspoken dan paling aktif. Tolong la bagi sedikit je masa-masa awak ni untuk kenal mereka ni siapa. Sekejap pun cukuplah. You ll know them, truly :')
Awak tau apa yang paling membahagiakan, bila mereka ingatkan saya "ticer, drive carefully tau?" "ticer, semalam kenapa tak datang? ticer demam ke? (sambil sibuk nak pegang dahi saya) T_T" "ticer ajar kiteroang sampai habis kan?" "ticer, nak main game macam semalam laaagi!" dan banyak lagi.
It is a blessing to be part of these kids' growth! :')
Sebab tu saya tak suka sangat sistem education Malaysia ni. Nak buat homeschooling sendiri. Bukan nak homeschool anak-anak je. Tapi anak-anak yang lain juga.
Yang paling sedih ialah,
"Ticer, kiteorang ni tak pandai tau macam kelas Taubat, Mahabbah. Kiteorang kelas belakang2 je. Kedua belakang. Memang tak pandai langsung"
Allahu. Sebak je dengar. Masa ajar occupation, saya tanya satu kelas awak nak jadi apa? Yang saya rasa nak nangis ialah bila dioang jawab. "Kiteorang boleh jadi macam bomba, polis je, nak jd doktor tapi cikgu S kata, nak jadi doktor kena pandai. Tapi kiteorang tak pandai"
Allah~ Allah~
"Siapa kata awak tak pandai? Cepat kasi tau ticer?!" -Saya seperti nak marah orang orang yang asyik kata diorang ni tak pandai.
"Bagitau ticer cepat, ticer akan jumpe orang tu" Semua pelajar diam. Dan saya mulalah cerita dekat pelajar-pelajar tentang satu kisah dan setiap hari saya pasakkan bahawasanya mereka adalah pelajar yang sangat pandai. Sampai ke hari ini, saya tak pernah dengar pelajar-pelajar keluar kata-kata yang mereka kelas belakang, dan tak pandai. Kerna saya percaya every child is special :')
Nak mendidik rijal-rijal kecil ini sebenarnya tak susah. Hanya perlukan kesabaran yang tinggi. Ye, saya kalau boleh nak pakai maikrofon, rentetan suara saya yang tak kuat berbanding suara pelajar yang sangat kuat. Dikira suara saya tenggelam dengan suara-suara pelajar yang kuat sangat tu. Tapi alhamdulillah, lepas dah buat banyak kali tentang renew niat, pelajar-pelajar saya sangat mashaAllah, superb! :')
(Dulu nak kawal kelas memang susah. Sebab kuat cakap budak-budak ni haha. Ade je benda nak cerita dekat ticer dia. Tapi alhamdulillah, sekarang ni lepas habis kelas baru budak-budak berkerumun nak cerita apa yang terjadi dekat diorang pada haritu. Ticer pun layankan aje. Ehee. Peace)
Moga Allah redha.
Kalau anda juga cikgu, semoga tidak berkeras dengan anak murid. Because children learn best when they like their teacher and they think their teacher likes them. -Gordon Neufeld-
5 comments:
rindu baca blog awak.
Wahh jadi cikgu ni mulia.. Teruskan teruskan. You did a good job.
Masya Allah. Beruntung sangat anak murid Husna dapat cikgu macam Husna.
betul Husna. tak boleh berkeras. macam saya jaga budak umur 3 tahun. nak tengking tak sampai hati. dah memang perangai diorang mcm tu suka bercakap,bermain. bercerita, kita dgr. tapi yg jaga kat situ budak2 bising dicubit, ditarik telinga, rotannya. sampai tak tahan sy tgk dorang menangis, pilih kasihnya ticer dorang,sy berhenti. sedih tgk,sepatut dr kecil didik elok2.
Suka baca cerita ticer ni. Semoga berjaya mendidik anak-anak dengan sebaik mungkin. Allah tak pandang kepada hasil tapi pada usaha itu kan. Rasa nak menangis aje bila baca tentang anak-anak kecil ini. Mereka masih kecil, banyak benda lagi nak belajar. Mana boleh awal-awal dah tentukan dia orang ni tak pandai or tak kan.. Hurmm..
Sedih juga pun ada tetiba. Rasa reflect kepada diri. Yang dah besar ni pun selalu aje lalai dengan kewajipan yang ada. =(
Post a Comment